Wednesday, December 18, 2013
Mya Effa dalam YouTube....
Ni adalah rakaman video promosi novel SAMA yang dimuatkan ke dalam Youtube oleh Grup Buku Karangkraf.... Rakaman ni dibuat semasa saya menghadiri signing session di Tesco Setia Alam bulan lepas.
Ngehehehe.... seriously, malu sangat tengok video ni. Tiba-tiba disuruh kita buat promosi depan video camera. Dah la tak tau nak cakap apa, skrip pun kena buat sendiri. Tu yang tergagap tu. Macam kelakar pun ada, hahaha.....
Tapi tak apalah. Pengalaman... Ni baru depan video, belum lagi dijemput ke conference, cakap depan odeons. Cuma suara saya yang rock tu tak berapa dengar la, muahahaha....
Friday, November 29, 2013
Jom! Jumpa Saya Esok di Tesco Setia Alam...
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, demam dah kurang tapi selsema batuk masih lagi berterusan.... Hmm, macam manalah event untuk esok ni? Allahuakbar...!
Tapi walau macam mana sekalipun, janji telah pun dibuat dan haruslah ditepati. Sungguhpun kesihatan tidak begitu mengizinkan, saya tetap akan hadir juga ke Pesta Buku Sinar Bestari esok bersama-sama rakan seperjuangan saya, Damya Hanna untuk mempromosikan novel kami yang baru sahaja diterbitkan....
Anda semua turut dijemput untuk mengimarahkan majlis. Ayuh, kita jumpa di sana esok, 30 November 2013 (Sabtu) di Kedai Buku Bestari, Tesco Setia Alam. Insya-ALLAH, saya akan berada di sana dalam pukul 2 petang. Jom semua!
Wednesday, November 13, 2013
Don't Judge The Books By It's Title!
![]() |
| MPH Bookstore, Midvalley Megamall |
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, setelah hampir sebulan novel 'Selagi Aku Masih Ada' (SAMA) berada di pasaran. Firstly, terima kasih kepada yang telah mendapatkan novel SAMA dan ribuan terima kasih kepada yang telah memberi komen-komen yang positif dan juga sebaliknya. InsyaALLAH, kritikan yang membina dapat saya gunakan untuk memperbaiki kelemahan diri.
Namun begitu, saya ada jugak terbaca komen-komen seperti berikut:
1) Macam cerita sedih aje!
2) Ni mesti sad ending
3) Baru baca sinopsis dah sebak
Ahah! Jangan terus buat kesimpulan hanya dengan membaca tajuk dan sinopsis aje... Sila baca dulu novel ni sampai habis. InsyaALLAH, takkan menghampakan anda. Mungkin konflik yang saya ketengahkan dalam novel ni membuatkan anda merasa agak annoying, nak marah, tak puas hati dan sebagainya... tetapi, percayalah pengakhiran novel ini takkan menghampakan para pembaca sekalian.
Kepada yang dah baca sampai habis tu, pasti tahu endingnya macam mana, kan? Kepada yang belum dapatkan ini, bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran ataupun boleh membuat pesanan online di Karangkraf Mall.
Sekian, wassalam...
Sunday, October 27, 2013
Untuk Makluman
Assalamualaikum
Kepada pengikut-pengikut e-novel saya yang bertajuk Kasihmu di Jiwaku, novel tersebut telahpun diterbitkan di bawah syarikat terbitan Buku Prima, keluaran bulan November dan kini sudahpun berada di pasaran. Namun tajuk novel tersebut telah ditukar ke 'Selagi Aku Masih Ada', atas permintaan pihak penerbit agar novel tersebut menjadi lebih menarik. So, kepada yang tertunggu-tunggu apakah nasib yang menimpa Aween seterusnya dan juga konflik yang menimpa rumah tangga Aween dan Ari, anda boleh dapatkan novel SAMA dari bookstore2 berhampiran anda.
Sekian, wassalam...
Saturday, October 26, 2013
Promo : Selagi Aku Masih Ada
'Masihkah ada hari esok buatku agar
aku berpeluang menikmati keindahan hari semalam?'
Alhamdulillah!Setelah sekian lama
menunggu, akhirnya..... TADAAA!!!! Introducing my 'anak sulung', novel Selagi
Aku Masih Ada terbitan Buku Prima. Guess what? novel SAMA ni dah pun berada di
pasaran, walaupun ia keluaran bulan November and dah ada yang membelinya...
terima kasih kepada yang telah mendapatkan novel SAMA. Kepada yang belum tu,
jangan lupa dapatkan dari bookstore berdekatan anda, dan pastikan yang ori
yee...!
Review:
Suatu ketika dahulu, Khairul Azween
pernah kecewa dengan cinta pertamanya sehingga dia bertindak berhenti dari
pengajian dan berpindah ke sebuah universiti yang terkemuka di tanah air.
Demi untuk melupakan kisah dukanya,
Azween telah mengikuti rakan baiknya, Farhana untuk menyertai sebuah kelab
rekreasi dan di situ, Azween telah berkenalan dengan Shazzy. Akibat terlalu
kerap bertemu sewaktu aktiviti kelab, akhirnya telah membuahkan rasa cinta di
hati masing-masing. Azween akhirnya menerima Shazzy sebagai kekasihnya setelah
lama hatinya sepi tanpa seorang lelaki bergelar kekasih.
Hubungan cinta mereka sering dilanda
badai gara-gara sikap Shazzy yang kuat cemburu dan suka buruk sangka terhadap
Azween. Akibatnya mereka sering bertengkar. Biarpun begitu, Azween tetap
bersabar. Dia tidak mahu kecewa buat kali kedua, lantas menerima saja kelakuan
buruk Shazzy itu. Padanya, cemburu itu maknanya sayang.
Kemunculan Khairul Azhari, kekasih lama
Azween telah membuatkan jiwa Azween bertambah kacau. Dia khuatir kehadiran
Azhari bakal mengundang rasa cemburu Shazzy. Azhari pula tidak pernah jemu
menagih kembali cinta yang telah lama hilang.
Cinta itu duka, cinta itu lara. Sekali
lagi hubungan cintanya diuji apabila Shazzy telah melakukan satu kesilapan yang
sangat besar sehingga menyebabkan lelaki itu ‘terpaksa’ berkahwin dengan Tiara,
gadis yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Shazzy. Akibatnya Azween
terpaksa memutuskan hubungannya dengan Shazzy. Kesempatan itu diambil oleh
Azhari untuk meraih semula cinta Azween. Melihat kesungguhan Azhari membuatkan
Azween menerima Azhari semula dalam hidupnya. Bohonglah kalau dia mengatakan
yang hatinya tak lagi menyayangi lelaki itu. Sememangnya cinta pertama memang
sukar untuk dilupakan.
Takdir Ilahi, tiada sesiapa yang mempu
menghalang. Buat kesekian kalinya Azween diduga apabila dia disahkan menghidap
kanser pangkal rahim, penyakit yang diwarisi dari arwah ibunya. Malah, penyakit
itulah yang telah menyebabkan dia kehilangan kasih seorang ibu di kala usianya
masih kecil. Di saat itu, bayangan kematian sering memburu dirinya, namun dia masih
mampu mengawal emosi serta berjaya merahsiakan penyakitnya itu dari pengetahuan
si suami.
Konflik rumahtangganya mulai timbul
dengan kehadiran Hardija, gadis junior yang pernah merampas Azhari darinya
suatu ketika dahulu. Gadis itu ingin menggoda Azhari agar kembali ke
pangkuannya semula. Lebih parah lagi apabila Azhari turut mengesyaki Azween mengadakan
hubungan sulit dengan Doktor Hazim kerana isterinya itu terlalu kerap bertemu
dan membuat pemeriksaan peribadi dengan Doktor Hazim, seorang pakar sakit puan!
Akibat dari itu, Azhari membawa diri, meninggalkan sang isteri bersendirian
dalam keadaan yang sarat.
Kehadiran Shazzy membuatkan hidup Azween
bertambah kusut. Dia sentiasa dibelenggu ketakutan. Dia bimbang Shazzy yang
bagaikan hilang kewarasan itu akan mengapa-apakan dirinya di saat dia
keseorangan. Namun, dia sedar yang dia tidak keseorangan. Dia masih ada Yang
Maha Pencipta yang mampu melindunginya dan juga anak yang berada dalam kandungannya.
Bersama doa dan harapan, masihkah ada
hari esok untuknya dan seterusnya memberi peluang kepada dirinya untuk
mengecapi kebahagiaan semalam?
Thursday, August 8, 2013
Easiest Spa at Home in the Eid Morning
Assalamualaikum, good morning readers!
Wooo! After a month of fasting in Ramadan, finally
today we celebrate Eid. So, before you start your day, what should you do?
Preparing menus like ketupat, rendang, lemang, kuih-muih, etc? Yeah, that's a
common thing.
But for me, mengembalikan tenaga setelah sebulan
berpuasa itu penting sebelum memulakan hari anda, rite? So, before I start anything,
I need to free myself for a few minutes in the bathroom. Buat home spa! Cool,
rite? Yes, that the first thing that everyone should do.
Tak payah complicated sangat. Just make it simple.
So now, I want to show you the simplest and laziest spa at home that everyone manages
to do it, haha! So check it out!
The things that you need are a shower gel and a body scrub… Today, I used Gel Mandian Santan Kelapa and Lulur Mandi Biji Kopi from Kosmo Beauty and Spa. Kosmo Beauty and Spa is traditional base product, which is made from natural herbs.
![]() |
| Santan Kelapa Shower Gel |
![]() |
| Biji Kopi Body Scrub Powder |
![]() |
| This is how the body scrub looks like after mixing the scrub powder with the shower gel |
The result is… WOW! Your skin feels smooth and
fresh!
And what to do next? Ok, scroll down......
.
.
.
.
.
Selamat menunaikan solat Aidilfitri.... ;)
Saturday, April 20, 2013
Penakut? Sejak Bila?
Assalamualaikum,
Haaa.... entry kali ni
aku nak merapu fasal penakut. Hahaha.... macam dah tak ada topik lain pulak.
Bukan apa, kadang-kadang terfikir jugak macam manalah kita boleh jadi
penakut.... persoalan yang tiba-tiba menjengah ke minda dan seterusnya terilham
untuk dimuatkan dalam entry kali ini, hehe...
Kalau
orang tanya ‘Awak takut hantu tak?’ Sejujurnya aku akan jawab ‘ya’. Well, siapa
yang tak takut dengan benda-benda berunsur entity ni? Memanglah kita tak
seharusnya rasa takut melainkan rasa takut pada Allah. Sebagai manusia normal,
kalau tak ada rasa takut sekalipun, pasti sedikit-sebanyak akan ada rasa seram
jugak, kan? Paling-paling tidak pun bulu roma akan berdiri tegak, betul tak? Baik
ngaku… jangan hipokrit! Kalau tidak, awak tak normal! hehehe…
Bila
bicara soal takut ni, teringat balik zaman kebudak-budakan dulu. Biasanya
budak-budak memang takut dengan benda-benda macam ni. Mana tidaknya, sejak
kecil dah dimomok-momokkan oleh mak ayah mereka. Aku pun tak terkecuali, tapi
beza sikit. Mama dan ayah aku dulu tak pernah menakutkan aku dengan hantu-hantu
ni. Even aku dulu kalau nampak benda-benda pelik aje, aku akan duduk diam-diam.
Orang sergah pun tak ada reaksi. Hanya mata yang terlalu focus pada sesuatu.
Tapi bila orang lain pandang pada tempat yang aku focus tu, tak ada benda
pulak. Bila dia orang tanya, ‘Girl nampak apa?’ aku diam aje… Itu kata kedua
orang tua akulah. Maklumlah, budak-budak kecil kan mudah nampak benda-benda
halus ni? Kata orang tua aku lagi, aku ni dulu memang selalu aje kena kacau,
nak-nak bila tiap kali baru berpindah rumah. Paling teruk masa mula-mula pindah
di rumah sewa kami di Kelana Jaya. Waktu tu kami sekeluarga baru beberapa
minggu pulang dari UK dan
tinggal di rumah nenek aku buat seketika (sementara nak cari rumah sewa). Ketika
itu, kami masih bertiga… aku, ayah dan mama. Adik aku belum ada lagi… Aku
sendiri pun tak tau teruk macam mana sebab waktu tu aku terlalu kecil, manalah
nak ingat semua tu… Dengar-dengar sampai terpaksa panggil orang yang pandai
untuk halau benda-benda tu. Tapi apa yang pasti dan yang aku ingat, masa kecil
dulu mama atau ayah selalu mandikan aku dengan air dalam baldi yang dah
dicampur dengan bunga dan hirisan limau nipis…. Mungkin itu untuk tujuan ‘berubat’.
(Bila dah besar macam ni barulah boleh fikir…)
Sejak
bila aku mula jadi penakut? Haaa…. Nak tahu bila dan bagaimana aku boleh takut
dengan benda-benda ‘momok’ ni? Okey… kepada yang dah wujud pada tahun 80an, you
all masih ingat lagi tak cerita ‘Misteri Rumah Tua’, drama genre seram yang
tersangatlah horror lewat era tu yang dibintangi oleh pelakon Norkumalasari?
Hehehe… kalau you all nak tahu, sejak menonton drama tu la aku jadi penakut
dengan hantu… memang betul-betul seram cerita tu sampaikan nak pergi ke tingkat
atas, dapur or toilet di bahagian belakang rumah pun mesti nak berteman… Aku
masih ingat lagi waktu aku layan cerita tu bersama makcik dan abang-abang sepupu aku… waktu tu kami sekeluarga dah pun menetap di Segambut sekitar
tahun 1988 or 1989 gitu laaa... Antara scene yang paling aku tak boleh lupa,
part kepala hantu tu melayang
sambil ketawa mengilai-ngilai. Dan lagi satu scene ketika dia memuntahkan bayi dari mulutnya. Errkk… geli!
Puas aku cari full movie ni kat Mr. Youtube
or mana-mana dari Mr Google, tapi tak jugak jumpa. Tapi at least Mr Youtube ada
jugak upload sebahagian dari drama ni. Kalau you all berani, tengok la sedutan video tu kat Mr Youtube. Walaupun scenenya agak pendek, tapi cukup la menceritakan betapa
seram dan horrornya drama ni… Kenapa tak upload video tu kat entri ni? Owh, maaflah ya, Cik Effa tak ada keberanian untuk upload video or gambar sedutan drama tu walaupun sekadar untuk dijadikan bahan tonton para viewer blog ni... Kalau nak tengok, silalah melawat Mr Youtube dan search 'Misteri Rumah Tua', ok.... Hehe, selamat menonton. Jangan ada yang tak boleh
tidur malam ni sudah… Daaa…
Subscribe to:
Comments (Atom)









