Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Sunday, November 7, 2010

Berganti Hati by Anggun

When the first time I heard this song, I thought that the singer is male. Unfortunately, I was wrong… It’s a female singer hahaha... Berganti Hati, sang by Anggun. I loving’ it!

 


Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Ku telah kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti

Tuesday, November 2, 2010

Yang Pergi Takkan Kembali

Telah nyata dalam Al-Quran, setiap yg bernyawa itu pasti akan menemui kematian. Tak kira manusia, haiwan mahupun tumbuhan.Yang kekal itu hanyalah Allah SWT.


Bulan Oktober telahpun berlalu. Sekarang dah masuk bulan November. Lagi sebulan nak masuk bulan Disember. Akhirnya tamat sudah tahun 2010... Sekejap aja masa berlalu. Rasa macam baru aja semalam sambut tahun baru. Bulan Oktober telah meninggalakan kita. Dalam jangka masa sebulan ni, macam-macam hal yg berlaku. Ada yg menggembirakan, malah tak lupa jugak yg menyedihkan. Bagiku, bulan Oktober yg lalu telah banyak meninggalkan kesan sedih dalam jiwaku. Bulan ni adalah bulan yg paling banyak org2 terdekat dgnku yg telah pergi dijemput Ilahi.

Pada awal bulan Oktober, Abang Nazri, salah seorang staff di tempat aku bekerja (berlainan department), telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu terjatuh di tempat kerja.

Hari Rabu lepas, 27hb salah seorang datuk saudara, Tok Yahya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Daerah Batu Pahat, Johor.

Hari Jumaat lepas, lagi seorang rakan sekerja telah kembali ke pangkuan Ilahi akibat kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari bekerja. Arwah Masnah Mat Sani @ Kak Mas telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 malam di HUKM.
 
Al-Fatihah utk mereka  serta saudara-mara yg lain yg telah mendahului kita. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan mudah-mudahan Allah tempatkan mereka di kalangan org2 beriman. Amin…

Saturday, October 23, 2010

Jauhnya Perjalanan Hidupku Hari Ini... Kah! Kah! Kah!



Hari ni, aku ke Midvalley lagi walaupun poket tengah sengkek. Sebenarnya nak gie survey barang2 keperluan utk bercuti hujung tahun ni.

Nak dijadikan cerita, di stesen MV biasalah ramai orang. Bila tren datang, orang ramai berebut-rebut nak naik. Aku macam selalu, cuba berasak-asak kat koc wanita. Tapi malangnya koc wanita dah penuh. So aku pun berlari ke koc belakang. Bila aku naik aja... alangkah terkejutnya aku bila aku dapati majoriti penumpang kat koc tu lelaki.... aku cuba jugak perhati manalah tahu kalau ada penumpang wanita, tapi aku tak nampak sorang pun penumpang wanita! Adoiyaiii!!! Rasa macam nak keluar balik aja, tapi pintu tren dah tertutup. Jadi terpaksalah aku berhimpit-himpit dengan 'mamat-mamat' kat dalam koc tu. Dalam hati bukan main tak sabar lagi nak sampai ke stesen seterusnya, sebab aku nak turun dan pindah ke koc wanita di sebelah.

Dalam perjalanan ke Stesen KL Sentral, ada la beberapa mamat ni offer aku suruh duduk, tapi aku tak nak. Malu! Segan! Kiri, kanan, depan, belakang semua kaum adam. Aku sorang aja kaum hawa kat situ. Malunya!!!! Aku tak tahulah macam mana merah muka aku sewaktu dalam perjalanan ke Stesen KL Sentral. Dalam pada tu sempat lagi hati aku tertanya-tanya, KTM dah wujudkan koc utk lelaki pulak ke? Kalau ya, kenapa aku tak tahu dan tak pernah dengar pun? Hari-hari aku baca paper, tak pernah diwar-warkan pun? Kalau koc tu hanya utk lelaki, kenapa tak ada org tegur masa aku naik tadi? Macam-macam persoalan berlegar-legar kat minda aku waktu tu.

Tiba di KL Sentral, cepat-cepat aku turun, nak pindah ke koc sebelah. Sebaik aku keluar dari koc belakang, barulah aku dapat menarik nafas lega... Waktu kat KL Sentral, aku tak nampak langsung kelibat penumpang wanita yang berebut utk naik di koc belakang tu. So aku fikir aku dah ambil langkah bijaklah. Hehehe...

Dari jauh aku dah nampak ramai kaum-kaum hawa berkerumun kat luar pintu koc wanita. Dalam hati aku berkata, macam tak ada harapan aja nak naik! Tepat sekali jangkaanku.... memang aku tak dapat naik sebab dah penuh sangat.... Hwaaaa....! Dah elok-elok dapat naik kat MV tadi, sampai sini aja kena tunggu pulak next tren! Dah tu, tren seterusnya pulak delay. Biasalah, KTM komuter selalu delay memanjang. Aduhai... menangis aku kat situ! Rasa menyesal pulak sebab turun tadi. Tapi apakan daya... Kalaulah aku keraskan hati, ketepikan rasa maluku tadi... agaknya aku dah boleh sampai rumah lebih awal! isk..isk..isk..! :'(

p/s : Mamat-mamat yg selalu naik koc wanita tu tak rasa ke macam mana aku rasa waktu tu?

Monday, September 20, 2010

Perginya Seorang Teman...

Sepatutnya aku post cerita ni sejak semalam lagi… lepas aku dapat khabar sedih ni. Tapi aku masih tak ada kekuatan waktu tu. Semalaman aku menangis… mengenangkan berita yang baru aku terima ni, walaupun sebenarnya dah 4 bulan telah berlalu dan aku lewat tahu akan hal ni. Sesungguhnya, berita ni menyedarkan aku bahawa kematian itu tidak mengira usia, tua ataupun muda. Ya Allah, sesungguhnya Kau ampunilah di atas segala dosa, kelalaian dan kealpaanku selama ini, Tuhanku…


Gerimis pun reda,
angin syahdu bawa berita
kau telah tiada lagi…
Pulang ke hadratNya…

Alunan lagu Gerimis Semalam nyanyian idolaku, Sheila Majid benar2 meruntun jiwaku. Lirik serta bait-bait lagunya bagaikan menggambarkan perasaan sedihku ketika ni. Ditambah dengan suasana hujan di luar tingkap. Air hujan yang mencurah-curah di luar bagaikan airmata yg mengalir dalam hatiku ketika ini. Aku cuba memunggah rak yang menempatkan album-album lama. Album yang memuatkan segala kenangan ketika aku berada di bangku sekolah. Aku cuba cari potret seseorang, manalah tahu kalau2 ada dalam simpananku. Tapi tak ada… bermakna tiadalah potret kenangan antara kami yang terabadi dalam album lusuh tu.

Sebenarnya, dah lama jugak aku cuba jejaki seorang sahabat lamaku ini. Amirah atau lebih mesra dengan panggilan Along. Kami pernah belajar dalam darjah yang sama di SRASD, kami pernah menaiki bas sekolah yang sama dan kami juga pernah tinggal di taman perumahan yang sama. Malahan, keluarga kami juga saling mengenali. Aku mulai mengenali Along sewaktu aku mendaftar masuk di SRASD ketika umurku 9 tahun, dan kebetulan Along duduk bersebelahan denganku dalam darjah ketika itu. Sejak dari itu kami mulai berkawan dan bertambah akrab dari hari ke hari. Walaupun pada tahun berikutnya kami tidak lagi belajar dalam darjah yg sama, tetapi persahabatan kami tetap untuh. Setiap petang, Along akan berbasikal ke rumahku. Kami akan duduk berbual di bawah pokok mangga di hadapan rumahku. Namun kini pokok mangga itu sudah tiada. Ia telah ditebang ketika rumahku diubah suai kira-kira 12 tahun yg lalu...

Aku dan Along dulu sama2 nakal. Kami juga memiliki hobi yg sama, iaitu suka baca buku cerita. Aku masih ingat lagi, sewaktu kami darjah 5, sekali lagi kami ditempatkan dalam kelas yg sama. Waktu itu, kami memilih tempat di bahagian paling belakang. Sewaktu ustazah mengajar di hadapan, kami curi2 baca buku cerita di belakang, dan buku tu kami sorok kat laci meja supaya tak ada sesiapa yg nampak. Hinggalah suatu hari kami ‘terkantoi’… Ustazah telah merampas buku2 kami. Keesokan harinya, semasa ustazah belum sampai di sekolah, aku curi2 masuk ke bilik guru untuk mengambil semula buku kami dari meja ustazah. Nakalnya kami… tapi serasakan aku lebih nakal lagi sebab aku yg ambil balik buku kami tu dari meja ustazah secara senyap2. Ketika ini, aku berfirasat, pastinya waktu itu ustazah sudah tahu akan tindakanku itu, namun dia buat tak tahu aja. Mungkin jugak ustazah tak perasan yg buku cerita kami tu dah tak ada kat atas mejanya?

Masih segar dalam ingatanku, sewaktu pulang dari sekolah kebangsaan, sebaik kami turun dari bas sekolah di seberang jalan berhadapan rumahku. Ketika itu, aku nak melintas jalan. Tanpa melihat kiri dan kanan, aku terus aja melintas tanpa kusedari ada sebuah van yg melalui jalan tersebut dan hampir2 nak langgar aku. Saat itu aku terdengar Along menjerit, “Effa…. Vaaannnn!!!” Mama yang berada di hadapan pagar rumah turut menjerit. Aku tergamam. Pemandu van tersebut sempat mengelak dan telah membuat emergency break. Aku terkaku di tengah2 jalanraya, seperti seluruh nyawaku terbang ke angkasa. Aku tak sedar apa-apa biarpun mataku masih terbuka dengan luas. Aku tak sedar siapa yang berada di sekelilingku waktu itu, aku tak sedar bila masanya mama berada di sebelah dan memelukku, malah aku tak rasa tubuhku dipeluk oleh mama. Aku jugak tak sedar bila masanya Along datang dan duduk di hadapanku sambil merenung jauh ke dalam anak mataku. Jiwaku ketika itu kosong… Yang pasti, aku dapat melihat wajah cemas Along.

Setahun kemudian, ketika usia kami menginjak 12 tahun, Along dan keluarganya telah berpindah. Aku sendiri tak pasti ke mana mereka akan pergi. Kali terakhir kami bertemu, dua tahun selepas mereka berpindah. Along serta adik-adiknya yang lain telah datang untuk beraya ke rumahku. Kesempatan itu kami ambil untuk bertukar alamat dan nombor telefon. Malangnya, di atas kucuaianku, alamat dan nombor telefonnya telah hilang. Saban hari, aku menanti panggilan darinya. Sehingga kini, sebelum aku mendapat perkhabaran semalam, aku masih ternanti-nanti. Manalah tahu terima panggilan telefon, surat, kad ucapan ataupun jemputan walimatulurus darinya mungkin?

Puas sudah aku mencari Along menerusi alam maya sejak beberapa tahun ini. Dengan adanya kemudahan teknologi masa kini serta laman-laman sosial seperti facebook, friendster dan myspace, aku cuba menjejaki Along. Namun tak ketemu. Sudah bertahun lamanya tidak bersua, pastinya aku sudah lupa nama penuhnya. Yang aku ingat, hanyalah nama panggilannya, Along atau nama yang selalu dipanggil oleh guru kami dulu, Amirah.

Sehingga semalam, entah macam mana aku boleh teringat akan nama penuh Along, cepat-cepat aku search melalui facebook. Alhamdulillah aku jumpa juga dengannya di situ, tetapi ada sesuatu yg membuatkan hatiku tertanya-tanya. Kenapa wajahnya tampak lain sangat, seperti…. Tanpa membuang masa aku cuba view facebook miliknya. Kelihatan seperti dia sudah lama tidak update facebooknya itu. Hatiku tergerak untuk membaca kesemua wall postnya yg lama2. Sehinggalah aku temui sebaris ayat yang membuatkan aku terkedu. Ucapan takziah dan Al-Fatihah untuknya?! Aku terkaku di hadapan notebookku ini. Seperti tidak percaya, Along telah pergi buat selama-lamanya. Melalui laman sosial tu jugaklah, aku terjumpa dan cuba hubungi adiknya, Angah. Angah turut mengiakannya. ‘Tuhan lebih sayangkan dia…’ itulah yg ditulis oleh Angah. Menurut Angah, arwah Along meninggal bulan Mei tahun ni, bersamaan ‘Hari Guru’ akibat kanser ovari. Dua tahun arwah menderita sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir… Banyak lagi sebenarnya kenangan aku dengan arwah, tapi aku tak dapat nak coret kesemuanya. Kalau aku cerita dari mula sampai habis tanpa satu pun yg tertinggal, rasanya 2 page blog aku ni pun belum tentu lagi cukup. So aku hanya boleh cerita mana yg paling aku tak boleh lupa aja.

Hiba, sayu, pilu... semuanya bercampur menjadi satu. Berat sebenarnya untuk aku terima berita ni sebab arwah adalah antara kawan yg paling aku cari selama ni selain dari beberapa lagi kengkawan sekolah rendah yg lain. Malah, ketika aku menulis post ni pun, airmataku gugur lebat, selebat hujan yang turun di luar. Kasihan arwah, kerana menderita penyakit itu ketika usia semuda ini. Aku tak mahu bertanya lebih-lebih kepada Angah, takut nanti dia bersedih. Cukuplah sekadar aku tahu yang aku sebenarnya telah kehilangan seorang teman yg cukup rapat denganku suatu ketika dahulu.

Sorahatul Amirah @ Along….
Our friendship will always cherish in my heart forever.

Al-Fatihah.

Wednesday, September 15, 2010

Mencintai tak Semestinya Memiliki



First of all, aku nak bagi tau yg aku terpaksa merahsiakan identiti dan nama mereka yang terlibat dlm post aku kali ni agar tidak ada pihak yg tersinggung, terutama sekali mereka yg menjadi watak utama dlm kisah kali ni.

Hari ni, aku memang rasa nk keluar… rasa boring plak asyik duk memerap aja kat umah. So aku decide nk gie Midvalley… dah lama x gie sana. Sorang pun sorang ler since x der member yg nk join. Aku memang dh biasa kuar sorang-sorang nih. Lone ranger la katakn… Lagipun dh lama gak aku x wat hobi aku yg satu nih, lepak2 kt MPH Bookstore. Klu dh lepak kt bookstore tu, x sah ler klu x beli at least sebijik novel, pastu relaks2 kt La Cucur sambil baca novel yg aku beli tu…

Jalan punya jalan kt MV tu, skali jumpa la Nadh (bkn nama sebenar) member lama aku… Lama aku x jumpa Nadh, about 10 years… since kitorang SPM lg. Aku pn hampir2 x kenal dia nih. Itu pun, dia yg approach aku dulu… 10 tahun lost contact! Actually, aku kenal Nadh nih masa kitorang sama2 tusyen kt Damansara…. Well, mase form 5 dulu, aku tusyen merata-rata tempat… kat Damansara Utama, Damansara Jaya, Damansara Height… Parents aku tak kisah anta aku tusyen kt byk2 tempat nih, supaya aku dpt result cemerlang dlm SPM…

Berbalik pada kisah Si Nadh nih… Nak dijadikan citer, dulu Si Nadh ni memang admire giler2 kt sorang mamat ni, namanya Fai (bkn nama sebenar). Si Fai ni pun tusyen kt tempat yg sama gak. Tak dinafikan, Si Fai ni memang seorang yg friendly. Dia memang mesra dgn semua org termasuklah aku… Tapi pd Nadh, teguran Fai btul2 buat dia gila bayang. Aku masih ingat lg, betapa excited Si Nadh bila Fai sapa dia, walaupun sekadar berkata ‘hai’ semata-mata. Aku pernah sarankn Nadh supaya dia cuba berterus-terang kat Fai pasal perasaannya, tp Nadh malu… Yalah, kalau aku sendiri kat tempat Nadh pun aku malu… Sehinggalah hari terakhir kami di pusat tusyen tu… Nadh masih malu nak berterus-terang. Sudahnya… kisah itu tergantung di situ aja… Si Nadh ke kiri, Si Fai ke kanan. Aku rasa, sampai ke sudah Fai tak pernah tahu yg Nadh pernah memendam rasa kat dia selama ni…. Tapi aku x pasti la klu2 dia tahu sebenarnya tp saje buat2 x tahu... Itu dia punya hal lah!

Itu kisah sepuluh tahun sudah… Masa aku lepak2 dgn Nadh kat Secret Receipt MV tadi, mcm2 citer yg kitorang kongsi. Dari situ, barulah aku tahu, Nadh masih lg menyimpan perasaan pd Si Fai sampai sekarang rupanya... Kata Nadh, dia sendiri tak tahu kenapa susah sgt dia nk lupakan Fai walaupun sebelum ni dia pernah bercinta sebyk dua kali dgn lelaki lain… Rupa-rupanya kisah Si Nadh dgn Si Fai ni belum berakhir lg… Sekarang ni, Nadh bekerja satu tempat dgn Fai, tapi berlainan department… Dalam hati aku memanjat rasa syukur. Alhamdulillah, tak sia-sia penantian Nadh selama ni. So aku pun usiklah Nadh… “Dulu, kau dah terlepas peluang. Apa kata kali ni kau cuba tackle balik Si Fai tu? Manalah tahu kali ni hati dia terbuka utk kau?” Tiba-tiba muka Nadh berubah mendung… Dalam hati aku tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba Nadh muram? Nadh pun beritahu yg Fai rupa-rupanya dah bertunang dan dijangka bernikah tahun dpn…

Aduhai… kesian Nadh! Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh. Aku nasihatkan Nadh supaya cuba berusaha utk melupakan Fai. “Aku dah cuba, tapi tak boleh. Tak tahulah, Effa… kenapa susah sangat aku nak buang nama dia dari hati aku ni. Even sebelum ni aku pernah ada boyfriend, tapi Fai tetap ada kat sini… (sambil menepuk dada) apa lg dgn situasi skng ni. Keadaan bertambah rumit sebab aku selalu terserempak dgn dia kt ofis n dia selalu tegur aku…” itulah jawapan Nadh. Aku tak tahu nak kata apa dah… Cuma aku nasihatkan Nadh, supaya wat solat sunat Istikharah n byk2 berdoa supaya Allah berikan petunjuk. Kalau Fai bukan jodohnya, itu bererti Fai bukan yang terbaik utknya… tentu sekali satu hari nanti Nadh akan bertemu dgn seorang lelaki yg jauh lebih baik dari Fai… insyaAllah.

Kepada Nadh, kalau kau benar2 sygkan Fai, lepaskan dia n berdoa supaya dia bahagia dgn pilihannya. Remember this… ‘If you love something, let it free. If it comes back to you, it’s yours forever’. Jadikan kata-kata ni sbg self-motivation. Prinsip ni la yg aku selalu pegang sejak aku clash dgn ex-boy aku kira2 dua tahun yg lalu... Doaku, supaya Nadh byk2 bersabar dlm menempuh hari2 mendatang. Amin.

Thursday, September 9, 2010

Salam Eid Fitri




Dear all Muslims… I would like to wish Salam Eid Fitri and also to take this opportunity to ask for apology if my words might hurt you either through my blog or directly from my mouth. For those who will have a long journey to home town, please drive carefully and have a safe trip. May you enjoy your Hari Raya with happiness.

Tuesday, September 7, 2010

Cheesy Frankfurter Roll




Just came back from office… Really tired! Suddenly mama asks me to make Cheesy Frankfurter Roll for buka puasa appetizer… Here you go!


Ingredients:

5 slices of white bread
5 slices of cheddar cheese
5 pieces of frankfurter
An egg


Method:

1. Lay a cheddar cheese slice on a piece of white bread.

2. Lay a piece of frankfurter on it and roll the white bread together with cheese and frankfurter.

3. Beat the egg in a small bowl.

4. Deep the rolled frankfurter into the egg.

5. Fry the frankfurter roll until golden brown.

6. Serve while hot!

Saturday, September 4, 2010

Kau faham tak? Aku pun tak faham... Hahaha! (gaya Saiful Apek)



Aku terasa brsalah dgn seseorang..patut ke aku mintak maaf perkara yg aku sendiri xfaham..bersalah ke aku?aduyai....’

You all rase pelik x dgn ayat kat atas nie? To me, memang pelik. Ye la, dah la rase bersalah dgn seseorang… then bleh tanya lg patut ke aku mintak maaf? Mintak maaf perkara yg ‘aku’ sendiri x faham? Apa yg x fahamnye? Klu x faham, knape mesti rasa bersalah pulak? Dan yg paling tak bleh blah tu, kata-kata yg terakhir skali tu, ‘BERSALAH KE AKU?’ Aneh kn? Mula2 tu kte rasa bersalah dgn seseorang… pastu tanya plak patut ke mintak maaf… last2 tanya balik bersalah ke aku??? Hmmm… well, no wonder la aku x faham sbb tuan punye badan sendiri pun x faham ape yg berlaku sebenarnya… Actually, seperkara jer yg bermain kt dlm kepala hotak aku nie bila si fulan nie post ayat kt atas tu kt wall fb….

Kau ni sebanarnya btul2 x faham ke atau buat2 x faham? Atau kau sebenarnya nk lari dari kesilapan yg kau dh buat kat seseorang?’

Tuesday, August 31, 2010

Story of Bukit Kepong



This 1981 film is based on true story of tragic incident between Malayan Police and Communist in year 1950 in the small district of Bukit Kepong located in Muar, Johor. Almost every year, when Malaysians celebrating Merdeka Day, RTM will showed Bukit Kepong film on TV… And I never miss watching this film. I can’t remember how many times I’ve been watching Bukit Kepong film, but every time when I watch this, my tears will falls down. So touch…. but at the same time I feel proud of the Malayan Police. They died for the honor of this country. Al-Fatihah to all policeman, police family members and other victims who have been killed in the tragedy.

Happy Merdeka Day…

History of Bukit Kepong



Bukit Kepong Incident was an armed encounter which took place on February 23, 1950 between the police and the Malayan Communists in pre-independence Malaya. This conflict took place in an area surrounding the Bukit Kepong police station in Bukit Kepong. The wooden station was located on the river banks of the Muar River, about 59 km from Muar town, Johor.

The incident started just before dawn with the Communists launching a guerilla assault on the police station. It ended in a bloody massacre with the aggressors killing almost all of the police officers stationed there. When they began the siege, the attackers strongly believed that they would be able to defeat the policemen and gain control of the police station within a short span of time. This is due to several factors in their favour: their arms and numerical superiority and the relative isolation of the station. The battle began at about 4:15 am.

According to eyewitness accounts, there were about 200 Communists attacking, led by Muhammad Indera, a Malay Communist. Despite the odds, the policemen led by Allahyarham Sgt. Jamil Mohd Shah, refused to surrender, although numerous calls by the communists for them to lay down arms were made. Several officers were killed as the shooting continued and two wives of the defending officers took up arms when they discovered that their husbands fell in battle.

Desperate and alarmed at the defenders’ tenacity, the Communists captured one of the officers’ wives and threatened her at gunpoint to urge the policemen to surrender. The defenders replied that they would never surrender and continued fighting. Another wife of the officers and her daughter were also forced to do the same. Their refusal then resulted in their execution.

In the final hours of the fierce battle, the Communists set fire to the officers’ barracks and station. Two women and their children were burnt to death in the married quarters. At that point only 3 policemen plus a village guard were still alive. They rushed out from the burning station, unable to withstand the heat. They then assaulted the Communists position, killing at least 3 of them.

Only about five hours after the first shot was fired did the communists manage to break their defences and set the place ablaze. They then retreated into the jungle, leaving a trail of destruction and bloodshed.

14 policemen, 4 village guards, 3 auxiliary policemen, wife of Abu Bakar Daud (one of the surviving policemen) and three of their children were killed in the incident. The total number of deaths is 25. Those who survived the bloody encounter are 4 policemen and 9 family members including their wives and children.



article from: wikipedia.org

Sunday, August 29, 2010

Today's Buka Puasa Menu... Creamy Butter Prawn



Salam all,

Since today is out of duty day, so it’s my job to prepare dishes for buka puasa. Here is the recipe that I want to share… ‘Creamy Butter Prawn’. Check it out!

Ingredients:

400gm large prawns
5 tablespoons of butter
3 cloves of garlic (chopped)
4 cili padi (chopped)
4 springs of curry leaves
3 eggs
¼ cups of susu cair
½ teaspoon of salt
1 teaspoon of sugar
Black pepper powder


Methods:

1. Melt the butter and fry the prawns. Put aside.

2. Heat the melt butter; add chopped garlic and sauté until fragrant.

3. Add eggs and susu cair; stir until creamy.

4. Add cili padi, curry leaves, salt, sugar and black pepper powder; stir together.

5. Lastly, add prawn; cook for 3-5 minutes, stir frequently.

6. Serve and ready to eat!

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Well, hopefully it’s not too late for me to wish Salam Ramadan Al-Mubarak, selamat berpuasa and selamat beramal to all Muslims. Perbanyakkanlah amalan di bulan mulia nie n semoga mendapat ganjaran pahala yg berlipat-lipat ganda, amin... Jarang dpt update blog nie. Busy sgt sampai tak de masa… Nevertheless, after this I’ll try my best to update this blog. See you for the next post ;)

Monday, June 14, 2010

FIFA World Cup 2010

Like one of my colleague said, my name will become famous when football seasons is coming... yeah, since my name is Nurul Afeefa and some of my buddies called me Feefa (same pronouns as FIFA) so everywhere people will say... Fifa! Fifa! Fifa! Hahaha…. So proud of my name while football seasons huh! On Saturday night, I watch football match with father at Ani Sup Utara Kelana Jaya. Argentina vs Nigeria... 1-0. Hmmm…. Can’t wait for tomorrow…. My favorite team, Brazil meets Korea DPR… Yeah, forever Brazil!

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day.... Selamat Hari Ibu...!



I dedicate this song to my beloved mama. Your little daughter here just want to wish a Happy Mother’s Day… to you. Also kpd semua wanita2 yg bergelar ibu di seluruh dunia, Selamat Hari Ibu...

Airmata Ibu

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Saturday, May 1, 2010

Eyta's Wedding...

Here are some of pics that I took last week… on my friend’s big day, Norita. Check it out!


bride n groom in silver


Pelamin


from left: yuhana, me, eyta da bride n aasmah


silat


wif aasmah


from left: aza, ana, nisa, me n vin

Saturday, April 10, 2010

Bandung Tour

Date : 19 – 22 March 2010
Venue: Bandung, West Java, Indonesia.




Intro

Well, it was a very enjoyable holiday I’ve ever had… me and my colleagues, Rien, Arif, Maisara and Faiz went to Bandung, Indonesia. We stayed at Dago Guest House which is located at Bukit Dago. Well, it’s just a budget guesthouse, not like 5 or 3 stars hotel that you expect since we are not at the room all the time. Besides, the location is quite strategic because it is just near by the Jalan Dago and the balcony facing the Bandung City.


Bandung is a crowded city. Many people live there and the peoples will do anything for living. Some of them work as a hawker on the roadside. If in KL, usually the hawkers will use motorcycle, bicycle and van. But here, most of the hawkers use ‘kenderaan dua tiang’ as a transport. Jalan kaki daaa… hehe. And they use their shoulder to carry their goods. Some of the hawkers also use ‘alat dua roda’ as a carriage. Tak tau pulak ape nama benda alah beroda dua yg selalu diorang tolak macam troli tu. Surprisingly, the youngsters and the children just walk around the roadside and they’ll singing from car to car to earn some money while the cars stopped at the traffic light. Those who having a guitar, they’ll play it. But, for those who don’t have any music instrument, they just clap their hand and also made the instrument by their own… Alah, macam dlm citer indon kat tv tu, penutup botol yg dipenyek n dipakukan kt batang aiskrim. Pastu guna la benda tu utk ketuk pada tin ke, kotak ke sbg alat muzik. I tried to snap some of the pictures that show the scenarios, but suddenly an angkutan past by and distract my lance, haha…

One more thing, the drivers drive their vehicle like crazy. Arif said if he drives here, sure he’ll fail hahaha…



Foodies

Well, I shall say the taste of their food is quite good. Like in KL, you can get various type of food, from local, western, Asia, just name it. All in your finger tips. We tried a few types of their local foods like Sundanese style, Padang style, Markasa style, etc. To me, the Padang style is the best, compared to the others. It is the same like our Malay nasi campur style and the taste also more like our traditional type of lauk. The other famous local foods are mi bakso, martabak, ayam penyet, etc.

Sundanese Food

Sambal lenyek wif ulam sets

rice served in mengkuang basket

Teh Botol

having bakso at the roadside

The first restaurant we went is Karamba Sundanese Bistro, which served Sundanese dishes. On the next day, we have our lunch at one of the stall which served Markasa food. This is the first time we tried daging sapi. The taste is slightly the same like mutton or lamb. On the same day we have our dinner at D’Cost Seafood. Haha… when we heard the name also we know the price is cheap. But this is not a joke. It’s true, the price of the foods are very, very cheap. Therefore, those who had spend a lot on shopping and left a little amount of money, this is the right place for you to have your budget meals.

Karamba Sundanese Bistro

Markasa stall... first time makan daging sapi...

D'Cost Seafood... the cheapest food in town

seafood


Shopping & Hangout

Shopping at Factory Outlet is something you should do if you visit Bandung. There are many factory outlets in Bandung. On the first day, our supir, Mas Erwin brought us to factory outlet around Jalan Dago and Jalan Riau. You can find many things here like women, men and kids wear, handbags, wallets, shoes, perfumes, etc. These item look like branded product but actually they’re not. But, the quality is good like the original one. Some of these items have Grade A and some of them Grade B. If you want to find the original branded and cheaper jeans you can go to Toko 3 which is sells the original branded jeans like Louis, Levis, Lee Cooper, etc. Hehe… finally I afford to buy the original Levis Denim Jeans with cheaper price. In the evening, we went to Rumah Mode.

@ Toko 3, the original jeans centre

Rumah Mode

On the next day, we went to Pasar Baru. Usually, people went there to buy telekung, cotton textiles, shoes, tudung, shawl, kain batik, etc. The environment of the Pasar Baru is slightly the same like Pertama Complex in KL and Kompleks PKNS in Shah Alam. But it’s too crowded. On the Sunday night, we went to Jalan Cihampelas, which is known as Jeans Street by the tourists.

Jalan Cihampelas


Entertainment & Nightlife

On the Saturday night at Jalan Dago, we all just ‘lepaking’ at one of the cafĂ© outside the Dago Plaza while watching teenagers and youngsters with their modified motorcycle and car with loud music. Feel like at Bintang Walk, haha… After that, we went to karaoke at Dago Plaza until 2.00 a.m.

Dago Plaza

Karaoke time... jom kasi pecah ini tekak!


Tangkuban Parahu

We went to Tangkuban Parahu on Sunday, early in the morning before we went to Pasar Baru. Tangkuban Parahu means upturned boat in Sundanese and it is believed to have a relation with the legend of Sangkuriang and Dayang Sumbi, as one of the fairytale from Sunda. According to Mas Erwin, Mount Tangkuban Perahu is a volcano with three craters into which areas tourists can walk through. These three craters are Kawah Ratu, Kawah Domas, and Kawah Upas. Since we have a very little time, we only being able to visit Kawah Ratu. Kawah Ratu, which means Queen's Crater, is a big gray hole which sometimes has a pool of water at its center. Really amaze with the beauty of the nature, but the poisonous smell like sulfur gas sometimes piercing my nostril.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...