Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Sunday, October 27, 2013

Untuk Makluman



Assalamualaikum

Kepada pengikut-pengikut e-novel saya yang bertajuk Kasihmu di Jiwaku, novel tersebut telahpun diterbitkan di bawah syarikat terbitan Buku Prima, keluaran bulan November dan kini sudahpun berada di pasaran. Namun tajuk novel tersebut telah ditukar ke 'Selagi Aku Masih Ada', atas permintaan pihak penerbit agar novel tersebut menjadi lebih menarik. So, kepada yang tertunggu-tunggu apakah nasib yang menimpa Aween seterusnya dan juga konflik yang menimpa rumah tangga Aween dan Ari, anda boleh dapatkan novel SAMA dari bookstore2 berhampiran anda.

Sekian, wassalam...

Saturday, October 26, 2013

Promo : Selagi Aku Masih Ada


'Masihkah ada hari esok buatku agar aku berpeluang menikmati keindahan hari semalam?'
 
Alhamdulillah!Setelah sekian lama menunggu, akhirnya..... TADAAA!!!! Introducing my 'anak sulung', novel Selagi Aku Masih Ada terbitan Buku Prima. Guess what? novel SAMA ni dah pun berada di pasaran, walaupun ia keluaran bulan November and dah ada yang membelinya... terima kasih kepada yang telah mendapatkan novel SAMA. Kepada yang belum tu, jangan lupa dapatkan dari bookstore berdekatan anda, dan pastikan yang ori yee...!
 
Review:
Suatu ketika dahulu, Khairul Azween pernah kecewa dengan cinta pertamanya sehingga dia bertindak berhenti dari pengajian dan berpindah ke sebuah universiti yang terkemuka di tanah air.
 
Demi untuk melupakan kisah dukanya, Azween telah mengikuti rakan baiknya, Farhana untuk menyertai sebuah kelab rekreasi dan di situ, Azween telah berkenalan dengan Shazzy. Akibat terlalu kerap bertemu sewaktu aktiviti kelab, akhirnya telah membuahkan rasa cinta di hati masing-masing. Azween akhirnya menerima Shazzy sebagai kekasihnya setelah lama hatinya sepi tanpa seorang lelaki bergelar kekasih.
 
Hubungan cinta mereka sering dilanda badai gara-gara sikap Shazzy yang kuat cemburu dan suka buruk sangka terhadap Azween. Akibatnya mereka sering bertengkar. Biarpun begitu, Azween tetap bersabar. Dia tidak mahu kecewa buat kali kedua, lantas menerima saja kelakuan buruk Shazzy itu. Padanya, cemburu itu maknanya sayang.
 
Kemunculan Khairul Azhari, kekasih lama Azween telah membuatkan jiwa Azween bertambah kacau. Dia khuatir kehadiran Azhari bakal mengundang rasa cemburu Shazzy. Azhari pula tidak pernah jemu menagih kembali cinta yang telah lama hilang.
 
Cinta itu duka, cinta itu lara. Sekali lagi hubungan cintanya diuji apabila Shazzy telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar sehingga menyebabkan lelaki itu ‘terpaksa’ berkahwin dengan Tiara, gadis yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Shazzy. Akibatnya Azween terpaksa memutuskan hubungannya dengan Shazzy. Kesempatan itu diambil oleh Azhari untuk meraih semula cinta Azween. Melihat kesungguhan Azhari membuatkan Azween menerima Azhari semula dalam hidupnya. Bohonglah kalau dia mengatakan yang hatinya tak lagi menyayangi lelaki itu. Sememangnya cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.
 
Takdir Ilahi, tiada sesiapa yang mempu menghalang. Buat kesekian kalinya Azween diduga apabila dia disahkan menghidap kanser pangkal rahim, penyakit yang diwarisi dari arwah ibunya. Malah, penyakit itulah yang telah menyebabkan dia kehilangan kasih seorang ibu di kala usianya masih kecil. Di saat itu, bayangan kematian sering memburu dirinya, namun dia masih mampu mengawal emosi serta berjaya merahsiakan penyakitnya itu dari pengetahuan si suami.
 
Konflik rumahtangganya mulai timbul dengan kehadiran Hardija, gadis junior yang pernah merampas Azhari darinya suatu ketika dahulu. Gadis itu ingin menggoda Azhari agar kembali ke pangkuannya semula. Lebih parah lagi apabila Azhari turut mengesyaki Azween mengadakan hubungan sulit dengan Doktor Hazim kerana isterinya itu terlalu kerap bertemu dan membuat pemeriksaan peribadi dengan Doktor Hazim, seorang pakar sakit puan! Akibat dari itu, Azhari membawa diri, meninggalkan sang isteri bersendirian dalam keadaan yang sarat.
 
Kehadiran Shazzy membuatkan hidup Azween bertambah kusut. Dia sentiasa dibelenggu ketakutan. Dia bimbang Shazzy yang bagaikan hilang kewarasan itu akan mengapa-apakan dirinya di saat dia keseorangan. Namun, dia sedar yang dia tidak keseorangan. Dia masih ada Yang Maha Pencipta yang mampu melindunginya dan juga anak yang berada dalam kandungannya.
 
Bersama doa dan harapan, masihkah ada hari esok untuknya dan seterusnya memberi peluang kepada dirinya untuk mengecapi kebahagiaan semalam?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...