Sunday, July 31, 2011
Interesting Info to Share
Assalamualaikum,
Kajian yang telah dibuat mendapati berpuasa membantu seseorang menjadi lebih cantik dan sihat.
1. Amalan berpuasa merupakan satu cara tubuh menpertingkatkan proses penyingkiran toksin dan zarah-zarah asing dari badan dengan lebih cepat dan berkesan. Kadar detoksifikasi untuk setiap individu adalah bergantung kepada umur, kadar metabolisme, sikap, pemikiran dan jantina.
2. Berbukalah dengan minuman detoks seperti jus buah-buahan atau segelas air yang dicampur dengan 1 sudu makan madu asli dan 2 sudu makan jus lemon TETAPI bagi pengidap gastik kronik, elakkan jus lemon.
3. Di antara makanan detoks ialah celeri, pegaga. sayuran hijau, spirulina, aloevera, anggur, oren dan lobak merah.
4. Banyakkan minum air kosong. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
5. Puasa akan menyeimbangi perjalanan dan fungsi organ di samping meningkatkan imunisasi dan pembiakan sel badan. Sel badan akan bernafas, membina dan menyembuhkan dirinya.
6. Puasa merupakan satu kaedah terapi yang sering digunakan oleh pakar perubatan holistik kerana ia mempercepatkan proses penyembuhan.
7. Berpuasa membantu mengurangkan masalah sembelit, selesema, migrain, keletihan, demam dan lain-lain.
8. Berpuasa akan mengurangkan beban kepada sistem perkumuhan seperti usus, pankreas, hempedu dan hati.
9. Penyingkiran toksik akibat dari amalan berpuasa akan menjadikan sel badan berfungsi lebih cekap kesannya, kulit akan lebih gebu dan berseri.
10. Amalan berpuasa akan menjadikan anda awet muda kerana pemakanan berlebihan akan meyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.
11. Pengurangan kalori ketika berpuasa menyebabkan hati lebih efisyen untuk menukarkan glikogen kepada glukosa. Ini akan mempercepatkan pembakaran lemak. Baik untuk menurunkan berat badan.
12. Ketika bersahur, ambil makanan sihat seperti nasi, oats, cereal dan roti. Elakkan makanan terlalu pedas dan berempah. Elakkan juga makanan masin kerana anda akan merasa dahaga keesokan harinya.
13. Sesetengah orang yang berpuasa akan mengalami pening, loya, nafas berbau atau sukar tidur. Ini adalah kerana badan sedang melakukan proses detoksifikasi. Kesemua simptom tersebut merupakan "mild crisis healing" atau krisis penyembuhan. Namun hasilnya badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Sunday, July 3, 2011
PD... Lolulalaaa...
Assalamualaikum,
Okaylah, u all dah puas dengar tentang kisah seram kat PD kan ? So aku tak nak la cakap tentang kisah2 seram nie dah… lagipun aku bukannya ada pengalaman stay kat hotel2 berhantu nie. So biar la aku tulis blog aku nie berdasarkan pengalaman aku jer, k… Entry kali nie aku nak citer pasal pengalaman best aku dgn member2 ofis aku sewaktu bercuti di PD last week. Itu lagi bagus dari citer seram, rite? Theehihii…
| Cacat sket tulisan 'Port Dickson' tue, ada kesan conteng... |
We all stay kat Tiara Beach Resort. Well, I shall say okay laa… selesa utk tidur semalaman. Cuma yg slacknye… aircond bilik kitorang tu bocor, air meniti-nitik. So we all terpaksa tadah dgn tong sampah since tak ada baldi extra… Dah complain, maintenance pun dah datang repair, but still bocor jugak… Hmm, nak wat camner. Pasrah jer laa… Lagipun we all duduk situ just for one night only… One thing that I really like is the swimming pool. So damn superb! Macam team park gamaknye… besarnya bukan main, siap ada air terjunnya, ada gelongsor putar… pendek kata memang syok laa…
| Enterence Tiara Beach Resort |
| Nie la dia... swimming pool Tiara Beach Resort... |
| Tengok kat belakang tu, best kan? |
| Besonya... penat berenang nak ke belah sana tue... |
| pose tepi kolam... |
Okay, tak nak tulis panjang2. Takut nanti boring pulak, kan ? Bukannya terbaca pun, hehe… Just tengok pics yg aku upload kat bawah nie, and then u all buat la kesimpulan sendiri tentang keseronokan we all kat sana, k…
| Baru sampai.... |
| warming up dulu... |
| syok baring kat atas pasir pantai nie... |
| part yg paling aku suka.... naik banana boat |
| weeee.....! |
| Gedeboosshhhh!!! |
| Hahaha.... masin giler beb! Bleh dpt high blood pressure nih... |
| Sup gearbox terbaik! |
| night view... Pantai Teluk Kemang |
P/s: Tiara Beach Resort nie terletak betul2 depan Palm Spring Resort, seberang jalan jer. So tiap kali bila we all keluar aje, mata ni pasti tak terlepas dari nak pandang resort tu. Bila terpandang aje Palm Spring Resort tu, mesti terbayang kisah-kisah seram yang pernah aku baca sejak 2 tahun yg lalu, termasuklah kisah yang tersebar luas baru2 ni tentang 3 sekeluarga yg dapat free voucher tu… Memang sunyi sepi. Tak ada orang yg keluar masuk. Harapkan pintu gerbang aja yang gah berdiri, tapi nampak kusam aja macam dah lama tak dicat. Tulisan ‘Palm Spring Resort’ pun pudar aja. Dari luar tu nampak la blok-blok apartment kat dalam tu. Memang kosong tak berpenghuni. Bila malam aja, ada la dua-tiga bilik yang terpasang lampunya. Yang lain semua gelap-gelita aja…Actually, kat PD sana banyak hotel or apartment yang macam terbiar. Bukan Palm Spring Resort aja… Macam World Marina Resort. Blok apartment bukan main banyak, tinggi2 plak tue, tapi nampak usang aja… malam2 bila lalu, gelap-gelita tak ada orang yg duduk. Tak tau kenapa. Tapi mostly resort yg nampak happening is resort yg kat belah2 Teluk Kemang. So check it out!
| View Enterence Palm Spring Resort dari car park Tiara Beach Resort |
Subscribe to:
Comments (Atom)

