Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Sunday, November 27, 2011

We are 'Breaking Down' on Breaking Dawn!


Well, like what we’ve plan since we watch the trailer. Today, we watch Breaking Dawn, the sequel of Twilight Saga at Pavilion. As a fan of Twilight saga, of course I’ll say it’s too great. But not as great as in the novel, hahaha, of course…LOL!  But, it works perfectly in the film.

Okey la, tak nak cerita tentang Breaking Dawn. You all boleh tgk sendiri kalau nak tau best ke tidak. Actually, just want to share today’s experience. This is the first time aku dgn Comel tgk movie, tak duduk sebelah2. Terpaksa separate sebab tempat semua dah occupied. So, we have no choice sebab dah nak tengok sgt movie nie… Hahaha, nie baru betul2 punya ‘breaking down’!

Apa yang buat aku rasa tak selesa, the couple yg duduk kat sebelah aku. Bising bebenor mulut dia orang ni! Si girl ni dari awal tergedik2, saje nak attract orang. Yuks! Kita tgh kusyuk layan, yg si girl tu sibuk bercerita fasal twilight nie dari mula sampai ke sudah. Nampak sgt si boy ni tak mengikuti cerita twilight ni. Dah tu gelak kuat-kuat. Benda yang tak kelakar pun boleh gelak. Aku rasa bila si girl ni gelak, satu panggung dengar kot! Seriously, annoying!

Well, aku tak kisah kau orang nak bercouple ke apa ke… tak heran pun sebab aku pun pernah merasa jugak ‘pengalaman’ mcm kau orang ni! Tapi aku tak pernah show off mcm kau orang. Apa yg aku marah sgt tu, kau orang punya aksi tu mengganggu penonton lain especially aku yg duduk kat sebelah kau orang ni hah!  Jangan la nak terlalu menunjuk yg kau orang tu bahagia sangat dekat orang! Ingat sikit, bukan kau orang aje yg bahagia bercouple… org lain pun bahagia jugak! Tak pun, ini first experience kau orang tak? Sebelum nie tak pernah becinta… bila dah bercinta, nak show off pulak! Tak payah laa… buang karan aje! Orang bukan bangga tengok kau orang, jauh sekali nak pandang megah. Lagi orang rasa jelek ade la sebab perbuatan kau orang tu tak bermoral langsung! Ingat la wahai anak-anak muda sekalian…

Saturday, November 5, 2011

All about the Johoreans

Feskem UiTM 2007
Assalamualaikum,

Here’s another interesting info to share, about Johor people like myself. I got this from my friend thru email. Hahaha… memang mengekek aku gelak bila baca email ni. My father said ada fakta yang salah kat sini, but he didn’t mention which number yang tak betul tu. Yeah, I think I know which one and I'll try to correct them. Whatever… but the most important thing is I’m so proud to be a Johorean. So check it out!

Here are some unique ‘trademarks’ of a true blue Johorean. They were forwarded to my e-mail by a friend. I find that they are really interesting. As a Johorean myself, I can’t deny these ‘trademarks’ as most of them are true. So… If you happen to meet or become friends with a Johorian, why don’t u check for yourself whether the ‘trademarks’ are true or not. It can be fun…

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.
-Okay, actually the word 'EKK' is stands for 'ya'. E.g : Ni awak punya, ya?

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
- Tak ade la sampai macam tu sekali... Bola is bola, not 'BOLOR'. Ada certain word yg ended by 'O' only... not 'OR'. Muar as Muo, not 'MUOR'.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok… . Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ?

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori ni?
-Tapi orang Johor still kekalkan tarian & music traditional mereka like ghazal, keroncong, tarian zapin, kuda kepang etc...

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.
- Jangan lupa dengan adat 'Tol' semasa majlis di rumah pengantin perempuan. Semasa pengantin lelaki nak masuk dan naik di atas pelamin, ahli-ahli keluarga or sahabat-handai pengantin perempuan akan berkumpul di pintu dan tangga pelamin utk tuntut bayaran tol dari rombongan lelaki. klu tak,pengantin lelaki takkan dibenarkan masuk ke dalam rumah dan duduk di atas pelamin. Actually, it's just like bahan usikan only...

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!


p/s : But there are some info is missing. So I just add them here, EKK… ;)

- Orang Johor panggil buah tembikai as ‘buah semangka’.

- Orang Johor biasa guna perkataan ‘JAJAN’ kalau beli-beli junk food, gula-gula or coklat, biasa yang budak-budak suka beli tu…

- Orang Johor cakap ‘anu’ refer to the word ‘itu’, ekk… not the dirty thing, hehe…

- If orang dari negeri lain cakap sarapan, but orang Johor cakap ‘SARAP’. It means breakfast.

- Cucur or cekodok known as ‘jemput-jemput’ and kuih karipap known as ‘epok-epok’ in Johor.

- Orang Johor cakap elektrik is 'api'. 'Tolong hidupkan api.' means 'Please switch on the light.'.

- Orang Johor makan goreng pisang cicah sambal kicap. Negeri lain ade ke, makan goreng pisang bercicah?

Saturday, October 22, 2011

Breakfast

Assalamualaikum,

Baru aje balik dari breakfast kat Kampung Baru with Uncle Sham and family... And this is my breakfast menu, Nasi Kerabu Kelantan. Sooo.... yummmyy!!!

Waallaaa.... terliur tak? hehehe...

Sunday, October 9, 2011

Kelas Modelling SBSM

Last two weeks, on 24th September… aku telah join kelas modeling yang dikendalikan oleh Empayar Siti Murni (ESM) di Maritime Club, Putrajaya.



Kelas ini memberi ruang kepada golongan gadis dan wanita yang mahu menceburi dalam bidang peragaan. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh Siti Murni Abdul Aziz. Di sini, para peserta akan diajar teknik catwalk yang betul dan juga cara penggayaan di hadapan kamera. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang rasa diri mereka kurang menarik, kurang berkeyakinan, tak tahu potensi diri dan ingin memajukan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya juga amatlah digalakkan untuk menyertai kelas ini kerana selain catwalk dan penggayaan depan lensa, para peserta juga akan diberi motivasi dalam meningkatkan keyakinan diri serta berfikiran positif untuk menjadi seorang yang lebih berjaya. Bagi individu yang telah menyertai kelas ini, pastinya akan merasa lebih berkeyakinan tinggi serta memiliki penggayaan yang lebih baik.

Siapa Siti Murni Abdul Aziz?

Beliau merupakan pembaca berita TV1, pembaca berita Parlimen, ketua wartawan Parlimen RTM, pengacara, perunding motivasi, model pentas dan majalah serta duta produk kecantikan Sun Fabulous dan tudung Bellamar. Beliau mengendalikan kelas ini dengan cara professional dan rapat bersama para peserta.

Namun, ini bukanlah agensi model, tetapi merupakan akademi modeling…

Di bawah ni terdapat pics yang aku ambil dari photog ESM. Just nak share keseronokan menyertai kelas modeling nie… Memang enjoy habis dengan tenaga pengajar yang sporting, motivation by Hisham Salleh (SPM) yang sangat2 membina serta model-model pembantu dan professional photog yang sangat2 friendly and cool habis!


Kusyuk...
Siti Murni sedang memberi penerangan tentang teknik catwalk

Giliran peserta untuk mencuba....
tapi aku nampak macam nak menari pulak, hehe...

Ececeh... catwalk dgn penuh gaya tu...
tapi kenapa mata terpejam pula? ;)

Tu dia... posing maut exclusive dari
Miss Effa... hehe ;p

So, to all girls and ladies di luar sana yang interested, try to get more info by clicking ‘like’ to fan page Siti Murni Abdul Aziz in FB, k…

Sunday, September 18, 2011

Memory Lane @ Rumah Mak Uteh



Assalamualaikum,

Last Friday, 16/09/2011, my family and the other Gen Sulaimans member organized a trip to Batu Berendam, Melaka… visiting Mak Uteh (my mom’s sis, same dad different mom) & hubby, Pak Yem.

Well, actually I never met Mak Uteh & Pak Yem before. And bila dah jumpa, then I just knew that Pak Yem is the one of the oldies musician… So, org2 lama sure kenal who is Ibrahim Ahmad, the drummer of The Rox Trio, rite?

Once bila we all masuk aje dlm rumah Mak Uteh… Wow! Evergreen beb… bila tengok Pak Yem punya collections. Sgt teruja tengok old pictures, newspaper clips and barang2 antik kat hall rumah Mak Uteh… hehe!

Pondok luar rumah Mak Uteh... sambil lepak2, Pak Yem pasang lagu2 retro... Syok giler!

Pak Yems's collections - old pics & newspaper clips

one of the old pics

The Rox Trio


the band pic

newspaper clip

poster Raja Bersiong film
Another Pak Yem's collections... cool!

lampu minyak tanah

antique...!
hehe... i like this!

love the background

Thursday, September 8, 2011

Tomato Soup with Meatballs

Assalamualaikum & Salam Syawal...

Whoot! Whoot! Memang langkah kanan for those yg dtg beraya hari nie, coz today gwe buat soup tomato dgn meatball...



Ingredients:

10 tomatos (big size)
1 clove of garlic
2 big onions
Daun Ketumbar
Means meat
2 biji telur
Black pepper
Garam secukupnya

make sure pilih tomato yg fresh mcm nie, k...

The Steps are:

FOR THE MEATBALLS:

1. Masukkan garam and black pepper ke dalam means meat. Gaul sampai rata.

2. Kepal means meat menjadi bebola. Not so big, a little bigger than guli.

3. Pecahkan telur, then deep the meatballs.


means meat yg siap dikepal jd meatballs

FOR THE SOUP:

1. Rebus tomato sampai kulit tomato pecah-pecah, then blend. Put aside.

2. Chop the garlic really fine and dice the onions.

3. Tumiskan sampai naik bau, then masukkan blended tomato dgn sedikit air. Bergantung pada kesukaan u all... kalau nak pekat, letak sedikit shj air and kalau nak cair, lebihkan air.

4. Bila soup dah boiled, masukkan meatballs one by one. Then tunggu sampai masak, minyak dari meatballs naik.

5. Kalau nak rasa a bit lemak-lemak, boleh campurkan parmesan cheese powder ke dalam soup.

6. Chop daun ketumbar and taburkan ke atas soup.

7. Ready to eat, boleh dimakan dgn French loaf... enjoy!


Siap! Waallaaa... ;)

p/s : tq to Cik Irma for the recipe...

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran...


Dear all Muslims… I would like to wish Salam Eid Fitri and also to take this opportunity to ask for apology if my words might hurt you either through my facebook status, my comments, my blog or directly from my mouth. To all readers, thanks for reading and following my blog all these while. For those who will have a long journey to home town, please drive carefully and have a safe trip. May you enjoy your Hari Raya with happiness.

Sunday, August 21, 2011

Layankan Aja...

Assalamualaikum,

Tengah brainstorming utk projek KJ sambil melayan citer lama nie.. Caya tak? Hehe… Actually tak terfikir pun nak tgk citer nie. Entah mcm mana bukak aje Astro Ria bleh terlekat layan… Seriously, sesekali melayan citer cintan 80an nie syok jugak, ek? Hehe… Sambil tu bleh ceduk sikit2 idea citer nie utk projek kali nie…












Tuesday, August 9, 2011

Belasungkawa Liana Afiera Malik

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Dah lama rasanya tak dengar khabar novelis Liana Afiera Malik (LAM) dari CESB… sejak novel terakhirnya bersama Syarikat Fajar yg bertajuk ‘Sakitnya Rindu Ini’ beliau terus menyepi. Penat aku menunggu kesinambungan Siri Yoyo yang aku ikuti sejak di bangku sekolah lagi. Sehinggalah aku terbaca status di wall facebook CESB yg mengatakan beliau telahpun kembali ke rahmatullah… Terkedu, terkejut, tak percaya, sedih… bercampur-baur semuanya! Tak mungkin! Memang sukar utk percaya, tapi bila di blog rakan seperjuangannya, Cik Salina Ibrahim turut menyatakan perkara yg sama, barulah aku percaya. Rupa-rupanya beliau telah pergi pada 31 Julai yg lalu… Innalillahhiwainnailaihirajiun... Ya Allah! Kenapa la aku boleh lambat tahu berita nie??? Menyesal pada diri sendiri, sebab terlalu sibuk dan terlalu leka dgn projek penulisan terbaruku, terlalu mengejar impianku yg konon2 nak jadi seperti beliau, akhirnya telah menjadikan aku seorang yg alpa!

Aku mengenali beliau menerusi Siri Yoyo. Aku mulai mengikuti siri nie ketika umur aku 13 tahun, dari siri pertama lagi, yg bertajuk ‘Eh! Iye Ke Ni?’. Sampailah aku masuk kolej, aku masih mengikuti siri nie, tak silap aku siri yg terakhir bertajuk ‘Dah Kata Dah…’ Tak silap akulah, sebab dari 4 koleksi Kompilasi Siri Yoyo yg aku ada, sekarang ni cuma tinggal kompilasi yg kedua,‘1,2,3… I Love You’ aja dalam simpanan. Yg lain tu kengkawan hostel pinjam, tak reti2 nak pulang... buat harta sendiri. Sakit hati betul! Sejak dari tu, aku tertunggu-tunggu sambungan siri tersebut. Aku nak tahu apa kesudahan kisah Yoyo and the gang... Usia remajaku telah kuisi dgn mengikuti kisah suka-duka Yoyo and the gang. So memang sangat terkesan dgn pemergian beliau...

Selain tu, karya beliau yg bertajuk ‘Assyida’ merupakan novel dewasa yg pertama aku baca. Waktu tu aku di tingkatan 2, saja2 menggatal nak ubah angin dari melayan novel2 remaja ke novel dewasa… Dan beliau merupakan antara novelis yg telah berjaya menarik minatku utk membaca novel-novel terbitan CESB selain novelis Noor Suraya, Norhayati Berahim, Ma Lee Chuswan, Salina Ibrahim, dll.

Sesiapa yg suka baca novel beliau, pasti anda semua tahu yg kesemua novel beliau mempunyai watak pasangan kembar. Dari situ, kita dah boleh agak yg beliau nie memang gemarkan watak pasangan kembar. Cuma aku tak berkesempatan bertanya kepada beliau, apa istimewanya watak pasangan kembar nie hingga beliau begitu suka mewujudkan watak pasangan kembar dalam setiap novel beliau….

Memang susah nak merisik khabar beliau. Jangankan kata facebook, blog pun beliau tak ada. Yang ada cuma facebook dan blog yg diwujudkan oleh fan beliau aja. Itu pun tak membantu kerana identiti beliau begitu misteri, tak jelas seperti penulis2 terkenal yg lain. So amat payahlah peminat2 beliau spt aku nie nak tahu perkembangan beliau. Ternyata, beliau nie seorang yg low profile dan hanya mahu dikenali menerusi karya beliau berbanding peribadi beliau.

Aku pernah jumpa beliau di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2005 dan sempat jugaklah borak sekejap, memandangkan masa agak terhad waktu tu kerana ramai lg peminat beliau yg nak berkenalan dan meminta sign autograph, so tak dapatlah kami berbual panjang…. Business card dan kad Hari Raya yg pernah beliau kirimkan kpd aku masih aku simpan utk kenang-kenangan…

Al-Fatihah buat arwah Liana Afiera Malik dan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman di sisiNya. Amin. Salam takziah juga buat kaum keluarga arwah.

BPLB... pernah mencatat sejarah novel terlaris, novel paling tebal pertama di Malaysia dan pernah mendapat pujian dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.


Satu-satunya kompilasi Siri Yoyo yg aku ada kini... tu pun dah lunyai sbb passing kat byk tangan :( 

mouse pad BPLB berserta sign autograph LAM

Ah'ah... nie dia biz card yg arwah bg tue... sori sbb padam no. phone & address arwah...

Sunday, July 31, 2011

Interesting Info to Share


Assalamualaikum,

Kajian yang telah dibuat mendapati berpuasa membantu seseorang menjadi lebih cantik dan sihat.

1. Amalan berpuasa merupakan satu cara tubuh menpertingkatkan proses penyingkiran toksin dan zarah-zarah asing dari badan dengan lebih cepat dan berkesan. Kadar detoksifikasi untuk setiap individu adalah bergantung kepada umur, kadar metabolisme, sikap, pemikiran dan jantina.

2. Berbukalah dengan minuman detoks seperti jus buah-buahan atau segelas air yang dicampur dengan 1 sudu makan madu asli dan 2 sudu makan jus lemon TETAPI bagi pengidap gastik kronik, elakkan jus lemon.

3. Di antara makanan detoks ialah celeri, pegaga. sayuran hijau, spirulina, aloevera, anggur, oren dan lobak merah.

4. Banyakkan minum air kosong. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

5. Puasa akan menyeimbangi perjalanan dan fungsi organ di samping meningkatkan imunisasi dan pembiakan sel badan. Sel badan akan bernafas, membina dan menyembuhkan dirinya.

6. Puasa merupakan satu kaedah terapi yang sering digunakan oleh pakar perubatan holistik kerana ia mempercepatkan proses penyembuhan.

7. Berpuasa membantu mengurangkan masalah sembelit, selesema, migrain, keletihan, demam dan lain-lain.

8. Berpuasa akan mengurangkan beban kepada sistem perkumuhan seperti usus, pankreas, hempedu dan hati.

9. Penyingkiran toksik akibat dari amalan berpuasa akan menjadikan sel badan berfungsi lebih cekap kesannya, kulit akan lebih gebu dan berseri.

10. Amalan berpuasa akan menjadikan anda awet muda kerana pemakanan berlebihan akan meyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

11. Pengurangan kalori ketika berpuasa menyebabkan hati lebih efisyen untuk menukarkan glikogen kepada glukosa. Ini akan mempercepatkan pembakaran lemak. Baik untuk menurunkan berat badan.

12. Ketika bersahur, ambil makanan sihat seperti nasi, oats, cereal dan roti. Elakkan makanan terlalu pedas dan berempah. Elakkan juga makanan masin kerana anda akan merasa dahaga keesokan harinya.

13. Sesetengah orang yang berpuasa akan mengalami pening, loya, nafas berbau atau sukar tidur. Ini adalah kerana badan sedang melakukan proses detoksifikasi. Kesemua simptom tersebut merupakan "mild crisis healing" atau krisis penyembuhan. Namun hasilnya badan akan lebih sihat dan bertenaga.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Sunday, July 3, 2011

PD... Lolulalaaa...

Assalamualaikum,

Okaylah, u all dah puas dengar tentang kisah seram kat PD kan? So aku tak nak la cakap tentang kisah2 seram nie dah… lagipun aku bukannya ada pengalaman stay kat hotel2 berhantu nie. So biar la aku tulis blog aku nie berdasarkan pengalaman aku jer, k… Entry kali nie aku nak citer pasal pengalaman best aku dgn member2 ofis aku sewaktu bercuti di PD last week. Itu lagi bagus dari citer seram, rite? Theehihii…


Cacat sket tulisan 'Port Dickson' tue,
ada kesan conteng...
We all stay kat Tiara Beach Resort. Well, I shall say okay laa… selesa utk tidur semalaman. Cuma yg slacknye… aircond bilik kitorang tu bocor, air meniti-nitik. So we all terpaksa tadah dgn tong sampah since tak ada baldi extra… Dah complain, maintenance pun dah datang repair, but still bocor jugak… Hmm, nak wat camner. Pasrah jer laa… Lagipun we all duduk situ just for one night only… One thing that I really like is the swimming pool. So damn superb! Macam team park gamaknye… besarnya bukan main, siap ada air terjunnya, ada gelongsor putar… pendek kata memang syok laa…

Enterence Tiara Beach Resort

Nie la dia... swimming pool Tiara Beach Resort...

Tengok kat belakang tu, best kan?

Besonya... penat berenang nak ke belah sana tue...


pose tepi kolam...

Okay, tak nak tulis panjang2. Takut nanti boring pulak, kan? Bukannya terbaca pun, hehe… Just tengok pics yg aku upload kat bawah nie, and then u all buat la kesimpulan sendiri tentang keseronokan we all kat sana, k…

Baru sampai....


warming up dulu...
syok baring kat atas pasir pantai nie...
part yg paling aku suka.... naik banana boat
weeee.....!
Gedeboosshhhh!!!
Hahaha.... masin giler beb!
Bleh dpt high blood pressure nih...
Sup gearbox terbaik!
night view... Pantai Teluk Kemang

P/s: Tiara Beach Resort nie terletak betul2 depan Palm Spring Resort, seberang jalan jer. So tiap kali bila we all keluar aje, mata ni pasti tak terlepas dari nak pandang resort tu. Bila terpandang aje Palm Spring Resort tu, mesti terbayang kisah-kisah seram yang pernah aku baca sejak 2 tahun yg lalu, termasuklah kisah yang tersebar luas baru2 ni tentang 3 sekeluarga yg dapat free voucher tu… Memang sunyi sepi. Tak ada orang yg keluar masuk. Harapkan pintu gerbang aja yang gah berdiri, tapi nampak kusam aja macam dah lama tak dicat. Tulisan ‘Palm Spring Resort’ pun pudar aja. Dari luar tu nampak la blok-blok apartment kat dalam tu. Memang kosong tak berpenghuni. Bila malam aja, ada la dua-tiga bilik yang terpasang lampunya. Yang lain semua gelap-gelita aja…Actually, kat PD sana banyak hotel or apartment yang macam terbiar. Bukan Palm Spring Resort aja… Macam World Marina Resort. Blok apartment bukan main banyak, tinggi2 plak tue, tapi nampak usang aja… malam2 bila lalu, gelap-gelita tak ada orang yg duduk. Tak tau kenapa. Tapi mostly resort yg nampak happening is resort yg kat belah2 Teluk Kemang. So check it out!

View Enterence Palm Spring Resort
dari car park Tiara Beach Resort


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...