Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Monday, February 28, 2011

28 on 28...



Well, this year, I turns 28 on 28 February! Tadaaa… Cool, huh! Hehe, Happy 28th Birthday to Me!!! 

Well, ramai yg tanya, this year celebrate kat mana. Haha, actually tak celebrate sgt pun, since this year 28th February jatuh pd hari kerja... Just lunch kat Secret Recipe Avenue K with my only one comel... My Comel kata, tak nak biarkan I jalan jauh2, tak nak buli birthday girl, haha... Yalah tu, tak payah la nak rasa kesian coz birthday girl ni awal2 pagi lg dah kena 'smash' dgn bos.... kui3! So we all decide utk lunch kat Secret Recipe Avenue K aja... dekat jer dgn my office. But unfortunately, the services really2 make me upset! Very slow! Starting dari ambil order, hantar makanan, minta tapau kek sampailah nak mintak bill! Maaf kepada supervisor Secret Recepi Avenue K, anda jugak tak terkecuali sebab masa aku angkat tangan nak mintak bill, anda begitu sibuk berleter kat staff2 anda sampaikan anda buat tak tahu dgn aku. At the end aku terpaksa ke kaunter sendiri utk bayar coz aku dh tak boleh nak tunggu lama lg since aku kne balik office dgn segera! Hopefully jgn ulangi lg kesilapan ni, k... peace!


Secret Recipe Tomyam Soup

Apple Juice Kasturi

Malam tu pulak, I just stay at home, reply semua e-mails2 and facebook walls dr kengkawan yg wish sambil tgk movie Beetlejuice, hahaha....


CA handbag ;)


Okey la, sms I dah reply, emails pun I dah reply, kat facebook wall pun dah text, so kat sini pun nak text jugak, THANK YOU VERY MUCH to all of you yg wish my birthday since last night, until now. To all my officemate, thanks for the handbag. Am really touch and appreciate with the special gift ;)

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul



Wasiat Terakhir Rasulullah SAW:

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.


SALAM MAULIDUR RASUL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...