Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran...


Dear all Muslims… I would like to wish Salam Eid Fitri and also to take this opportunity to ask for apology if my words might hurt you either through my facebook status, my comments, my blog or directly from my mouth. To all readers, thanks for reading and following my blog all these while. For those who will have a long journey to home town, please drive carefully and have a safe trip. May you enjoy your Hari Raya with happiness.

Sunday, August 21, 2011

Layankan Aja...

Assalamualaikum,

Tengah brainstorming utk projek KJ sambil melayan citer lama nie.. Caya tak? Hehe… Actually tak terfikir pun nak tgk citer nie. Entah mcm mana bukak aje Astro Ria bleh terlekat layan… Seriously, sesekali melayan citer cintan 80an nie syok jugak, ek? Hehe… Sambil tu bleh ceduk sikit2 idea citer nie utk projek kali nie…












Tuesday, August 9, 2011

Belasungkawa Liana Afiera Malik

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Dah lama rasanya tak dengar khabar novelis Liana Afiera Malik (LAM) dari CESB… sejak novel terakhirnya bersama Syarikat Fajar yg bertajuk ‘Sakitnya Rindu Ini’ beliau terus menyepi. Penat aku menunggu kesinambungan Siri Yoyo yang aku ikuti sejak di bangku sekolah lagi. Sehinggalah aku terbaca status di wall facebook CESB yg mengatakan beliau telahpun kembali ke rahmatullah… Terkedu, terkejut, tak percaya, sedih… bercampur-baur semuanya! Tak mungkin! Memang sukar utk percaya, tapi bila di blog rakan seperjuangannya, Cik Salina Ibrahim turut menyatakan perkara yg sama, barulah aku percaya. Rupa-rupanya beliau telah pergi pada 31 Julai yg lalu… Innalillahhiwainnailaihirajiun... Ya Allah! Kenapa la aku boleh lambat tahu berita nie??? Menyesal pada diri sendiri, sebab terlalu sibuk dan terlalu leka dgn projek penulisan terbaruku, terlalu mengejar impianku yg konon2 nak jadi seperti beliau, akhirnya telah menjadikan aku seorang yg alpa!

Aku mengenali beliau menerusi Siri Yoyo. Aku mulai mengikuti siri nie ketika umur aku 13 tahun, dari siri pertama lagi, yg bertajuk ‘Eh! Iye Ke Ni?’. Sampailah aku masuk kolej, aku masih mengikuti siri nie, tak silap aku siri yg terakhir bertajuk ‘Dah Kata Dah…’ Tak silap akulah, sebab dari 4 koleksi Kompilasi Siri Yoyo yg aku ada, sekarang ni cuma tinggal kompilasi yg kedua,‘1,2,3… I Love You’ aja dalam simpanan. Yg lain tu kengkawan hostel pinjam, tak reti2 nak pulang... buat harta sendiri. Sakit hati betul! Sejak dari tu, aku tertunggu-tunggu sambungan siri tersebut. Aku nak tahu apa kesudahan kisah Yoyo and the gang... Usia remajaku telah kuisi dgn mengikuti kisah suka-duka Yoyo and the gang. So memang sangat terkesan dgn pemergian beliau...

Selain tu, karya beliau yg bertajuk ‘Assyida’ merupakan novel dewasa yg pertama aku baca. Waktu tu aku di tingkatan 2, saja2 menggatal nak ubah angin dari melayan novel2 remaja ke novel dewasa… Dan beliau merupakan antara novelis yg telah berjaya menarik minatku utk membaca novel-novel terbitan CESB selain novelis Noor Suraya, Norhayati Berahim, Ma Lee Chuswan, Salina Ibrahim, dll.

Sesiapa yg suka baca novel beliau, pasti anda semua tahu yg kesemua novel beliau mempunyai watak pasangan kembar. Dari situ, kita dah boleh agak yg beliau nie memang gemarkan watak pasangan kembar. Cuma aku tak berkesempatan bertanya kepada beliau, apa istimewanya watak pasangan kembar nie hingga beliau begitu suka mewujudkan watak pasangan kembar dalam setiap novel beliau….

Memang susah nak merisik khabar beliau. Jangankan kata facebook, blog pun beliau tak ada. Yang ada cuma facebook dan blog yg diwujudkan oleh fan beliau aja. Itu pun tak membantu kerana identiti beliau begitu misteri, tak jelas seperti penulis2 terkenal yg lain. So amat payahlah peminat2 beliau spt aku nie nak tahu perkembangan beliau. Ternyata, beliau nie seorang yg low profile dan hanya mahu dikenali menerusi karya beliau berbanding peribadi beliau.

Aku pernah jumpa beliau di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2005 dan sempat jugaklah borak sekejap, memandangkan masa agak terhad waktu tu kerana ramai lg peminat beliau yg nak berkenalan dan meminta sign autograph, so tak dapatlah kami berbual panjang…. Business card dan kad Hari Raya yg pernah beliau kirimkan kpd aku masih aku simpan utk kenang-kenangan…

Al-Fatihah buat arwah Liana Afiera Malik dan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman di sisiNya. Amin. Salam takziah juga buat kaum keluarga arwah.

BPLB... pernah mencatat sejarah novel terlaris, novel paling tebal pertama di Malaysia dan pernah mendapat pujian dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.


Satu-satunya kompilasi Siri Yoyo yg aku ada kini... tu pun dah lunyai sbb passing kat byk tangan :( 

mouse pad BPLB berserta sign autograph LAM

Ah'ah... nie dia biz card yg arwah bg tue... sori sbb padam no. phone & address arwah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...