Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Monday, September 20, 2010

Perginya Seorang Teman...

Sepatutnya aku post cerita ni sejak semalam lagi… lepas aku dapat khabar sedih ni. Tapi aku masih tak ada kekuatan waktu tu. Semalaman aku menangis… mengenangkan berita yang baru aku terima ni, walaupun sebenarnya dah 4 bulan telah berlalu dan aku lewat tahu akan hal ni. Sesungguhnya, berita ni menyedarkan aku bahawa kematian itu tidak mengira usia, tua ataupun muda. Ya Allah, sesungguhnya Kau ampunilah di atas segala dosa, kelalaian dan kealpaanku selama ini, Tuhanku…


Gerimis pun reda,
angin syahdu bawa berita
kau telah tiada lagi…
Pulang ke hadratNya…

Alunan lagu Gerimis Semalam nyanyian idolaku, Sheila Majid benar2 meruntun jiwaku. Lirik serta bait-bait lagunya bagaikan menggambarkan perasaan sedihku ketika ni. Ditambah dengan suasana hujan di luar tingkap. Air hujan yang mencurah-curah di luar bagaikan airmata yg mengalir dalam hatiku ketika ini. Aku cuba memunggah rak yang menempatkan album-album lama. Album yang memuatkan segala kenangan ketika aku berada di bangku sekolah. Aku cuba cari potret seseorang, manalah tahu kalau2 ada dalam simpananku. Tapi tak ada… bermakna tiadalah potret kenangan antara kami yang terabadi dalam album lusuh tu.

Sebenarnya, dah lama jugak aku cuba jejaki seorang sahabat lamaku ini. Amirah atau lebih mesra dengan panggilan Along. Kami pernah belajar dalam darjah yang sama di SRASD, kami pernah menaiki bas sekolah yang sama dan kami juga pernah tinggal di taman perumahan yang sama. Malahan, keluarga kami juga saling mengenali. Aku mulai mengenali Along sewaktu aku mendaftar masuk di SRASD ketika umurku 9 tahun, dan kebetulan Along duduk bersebelahan denganku dalam darjah ketika itu. Sejak dari itu kami mulai berkawan dan bertambah akrab dari hari ke hari. Walaupun pada tahun berikutnya kami tidak lagi belajar dalam darjah yg sama, tetapi persahabatan kami tetap untuh. Setiap petang, Along akan berbasikal ke rumahku. Kami akan duduk berbual di bawah pokok mangga di hadapan rumahku. Namun kini pokok mangga itu sudah tiada. Ia telah ditebang ketika rumahku diubah suai kira-kira 12 tahun yg lalu...

Aku dan Along dulu sama2 nakal. Kami juga memiliki hobi yg sama, iaitu suka baca buku cerita. Aku masih ingat lagi, sewaktu kami darjah 5, sekali lagi kami ditempatkan dalam kelas yg sama. Waktu itu, kami memilih tempat di bahagian paling belakang. Sewaktu ustazah mengajar di hadapan, kami curi2 baca buku cerita di belakang, dan buku tu kami sorok kat laci meja supaya tak ada sesiapa yg nampak. Hinggalah suatu hari kami ‘terkantoi’… Ustazah telah merampas buku2 kami. Keesokan harinya, semasa ustazah belum sampai di sekolah, aku curi2 masuk ke bilik guru untuk mengambil semula buku kami dari meja ustazah. Nakalnya kami… tapi serasakan aku lebih nakal lagi sebab aku yg ambil balik buku kami tu dari meja ustazah secara senyap2. Ketika ini, aku berfirasat, pastinya waktu itu ustazah sudah tahu akan tindakanku itu, namun dia buat tak tahu aja. Mungkin jugak ustazah tak perasan yg buku cerita kami tu dah tak ada kat atas mejanya?

Masih segar dalam ingatanku, sewaktu pulang dari sekolah kebangsaan, sebaik kami turun dari bas sekolah di seberang jalan berhadapan rumahku. Ketika itu, aku nak melintas jalan. Tanpa melihat kiri dan kanan, aku terus aja melintas tanpa kusedari ada sebuah van yg melalui jalan tersebut dan hampir2 nak langgar aku. Saat itu aku terdengar Along menjerit, “Effa…. Vaaannnn!!!” Mama yang berada di hadapan pagar rumah turut menjerit. Aku tergamam. Pemandu van tersebut sempat mengelak dan telah membuat emergency break. Aku terkaku di tengah2 jalanraya, seperti seluruh nyawaku terbang ke angkasa. Aku tak sedar apa-apa biarpun mataku masih terbuka dengan luas. Aku tak sedar siapa yang berada di sekelilingku waktu itu, aku tak sedar bila masanya mama berada di sebelah dan memelukku, malah aku tak rasa tubuhku dipeluk oleh mama. Aku jugak tak sedar bila masanya Along datang dan duduk di hadapanku sambil merenung jauh ke dalam anak mataku. Jiwaku ketika itu kosong… Yang pasti, aku dapat melihat wajah cemas Along.

Setahun kemudian, ketika usia kami menginjak 12 tahun, Along dan keluarganya telah berpindah. Aku sendiri tak pasti ke mana mereka akan pergi. Kali terakhir kami bertemu, dua tahun selepas mereka berpindah. Along serta adik-adiknya yang lain telah datang untuk beraya ke rumahku. Kesempatan itu kami ambil untuk bertukar alamat dan nombor telefon. Malangnya, di atas kucuaianku, alamat dan nombor telefonnya telah hilang. Saban hari, aku menanti panggilan darinya. Sehingga kini, sebelum aku mendapat perkhabaran semalam, aku masih ternanti-nanti. Manalah tahu terima panggilan telefon, surat, kad ucapan ataupun jemputan walimatulurus darinya mungkin?

Puas sudah aku mencari Along menerusi alam maya sejak beberapa tahun ini. Dengan adanya kemudahan teknologi masa kini serta laman-laman sosial seperti facebook, friendster dan myspace, aku cuba menjejaki Along. Namun tak ketemu. Sudah bertahun lamanya tidak bersua, pastinya aku sudah lupa nama penuhnya. Yang aku ingat, hanyalah nama panggilannya, Along atau nama yang selalu dipanggil oleh guru kami dulu, Amirah.

Sehingga semalam, entah macam mana aku boleh teringat akan nama penuh Along, cepat-cepat aku search melalui facebook. Alhamdulillah aku jumpa juga dengannya di situ, tetapi ada sesuatu yg membuatkan hatiku tertanya-tanya. Kenapa wajahnya tampak lain sangat, seperti…. Tanpa membuang masa aku cuba view facebook miliknya. Kelihatan seperti dia sudah lama tidak update facebooknya itu. Hatiku tergerak untuk membaca kesemua wall postnya yg lama2. Sehinggalah aku temui sebaris ayat yang membuatkan aku terkedu. Ucapan takziah dan Al-Fatihah untuknya?! Aku terkaku di hadapan notebookku ini. Seperti tidak percaya, Along telah pergi buat selama-lamanya. Melalui laman sosial tu jugaklah, aku terjumpa dan cuba hubungi adiknya, Angah. Angah turut mengiakannya. ‘Tuhan lebih sayangkan dia…’ itulah yg ditulis oleh Angah. Menurut Angah, arwah Along meninggal bulan Mei tahun ni, bersamaan ‘Hari Guru’ akibat kanser ovari. Dua tahun arwah menderita sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir… Banyak lagi sebenarnya kenangan aku dengan arwah, tapi aku tak dapat nak coret kesemuanya. Kalau aku cerita dari mula sampai habis tanpa satu pun yg tertinggal, rasanya 2 page blog aku ni pun belum tentu lagi cukup. So aku hanya boleh cerita mana yg paling aku tak boleh lupa aja.

Hiba, sayu, pilu... semuanya bercampur menjadi satu. Berat sebenarnya untuk aku terima berita ni sebab arwah adalah antara kawan yg paling aku cari selama ni selain dari beberapa lagi kengkawan sekolah rendah yg lain. Malah, ketika aku menulis post ni pun, airmataku gugur lebat, selebat hujan yang turun di luar. Kasihan arwah, kerana menderita penyakit itu ketika usia semuda ini. Aku tak mahu bertanya lebih-lebih kepada Angah, takut nanti dia bersedih. Cukuplah sekadar aku tahu yang aku sebenarnya telah kehilangan seorang teman yg cukup rapat denganku suatu ketika dahulu.

Sorahatul Amirah @ Along….
Our friendship will always cherish in my heart forever.

Al-Fatihah.

Wednesday, September 15, 2010

Mencintai tak Semestinya Memiliki



First of all, aku nak bagi tau yg aku terpaksa merahsiakan identiti dan nama mereka yang terlibat dlm post aku kali ni agar tidak ada pihak yg tersinggung, terutama sekali mereka yg menjadi watak utama dlm kisah kali ni.

Hari ni, aku memang rasa nk keluar… rasa boring plak asyik duk memerap aja kat umah. So aku decide nk gie Midvalley… dah lama x gie sana. Sorang pun sorang ler since x der member yg nk join. Aku memang dh biasa kuar sorang-sorang nih. Lone ranger la katakn… Lagipun dh lama gak aku x wat hobi aku yg satu nih, lepak2 kt MPH Bookstore. Klu dh lepak kt bookstore tu, x sah ler klu x beli at least sebijik novel, pastu relaks2 kt La Cucur sambil baca novel yg aku beli tu…

Jalan punya jalan kt MV tu, skali jumpa la Nadh (bkn nama sebenar) member lama aku… Lama aku x jumpa Nadh, about 10 years… since kitorang SPM lg. Aku pn hampir2 x kenal dia nih. Itu pun, dia yg approach aku dulu… 10 tahun lost contact! Actually, aku kenal Nadh nih masa kitorang sama2 tusyen kt Damansara…. Well, mase form 5 dulu, aku tusyen merata-rata tempat… kat Damansara Utama, Damansara Jaya, Damansara Height… Parents aku tak kisah anta aku tusyen kt byk2 tempat nih, supaya aku dpt result cemerlang dlm SPM…

Berbalik pada kisah Si Nadh nih… Nak dijadikan citer, dulu Si Nadh ni memang admire giler2 kt sorang mamat ni, namanya Fai (bkn nama sebenar). Si Fai ni pun tusyen kt tempat yg sama gak. Tak dinafikan, Si Fai ni memang seorang yg friendly. Dia memang mesra dgn semua org termasuklah aku… Tapi pd Nadh, teguran Fai btul2 buat dia gila bayang. Aku masih ingat lg, betapa excited Si Nadh bila Fai sapa dia, walaupun sekadar berkata ‘hai’ semata-mata. Aku pernah sarankn Nadh supaya dia cuba berterus-terang kat Fai pasal perasaannya, tp Nadh malu… Yalah, kalau aku sendiri kat tempat Nadh pun aku malu… Sehinggalah hari terakhir kami di pusat tusyen tu… Nadh masih malu nak berterus-terang. Sudahnya… kisah itu tergantung di situ aja… Si Nadh ke kiri, Si Fai ke kanan. Aku rasa, sampai ke sudah Fai tak pernah tahu yg Nadh pernah memendam rasa kat dia selama ni…. Tapi aku x pasti la klu2 dia tahu sebenarnya tp saje buat2 x tahu... Itu dia punya hal lah!

Itu kisah sepuluh tahun sudah… Masa aku lepak2 dgn Nadh kat Secret Receipt MV tadi, mcm2 citer yg kitorang kongsi. Dari situ, barulah aku tahu, Nadh masih lg menyimpan perasaan pd Si Fai sampai sekarang rupanya... Kata Nadh, dia sendiri tak tahu kenapa susah sgt dia nk lupakan Fai walaupun sebelum ni dia pernah bercinta sebyk dua kali dgn lelaki lain… Rupa-rupanya kisah Si Nadh dgn Si Fai ni belum berakhir lg… Sekarang ni, Nadh bekerja satu tempat dgn Fai, tapi berlainan department… Dalam hati aku memanjat rasa syukur. Alhamdulillah, tak sia-sia penantian Nadh selama ni. So aku pun usiklah Nadh… “Dulu, kau dah terlepas peluang. Apa kata kali ni kau cuba tackle balik Si Fai tu? Manalah tahu kali ni hati dia terbuka utk kau?” Tiba-tiba muka Nadh berubah mendung… Dalam hati aku tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba Nadh muram? Nadh pun beritahu yg Fai rupa-rupanya dah bertunang dan dijangka bernikah tahun dpn…

Aduhai… kesian Nadh! Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh. Aku nasihatkan Nadh supaya cuba berusaha utk melupakan Fai. “Aku dah cuba, tapi tak boleh. Tak tahulah, Effa… kenapa susah sangat aku nak buang nama dia dari hati aku ni. Even sebelum ni aku pernah ada boyfriend, tapi Fai tetap ada kat sini… (sambil menepuk dada) apa lg dgn situasi skng ni. Keadaan bertambah rumit sebab aku selalu terserempak dgn dia kt ofis n dia selalu tegur aku…” itulah jawapan Nadh. Aku tak tahu nak kata apa dah… Cuma aku nasihatkan Nadh, supaya wat solat sunat Istikharah n byk2 berdoa supaya Allah berikan petunjuk. Kalau Fai bukan jodohnya, itu bererti Fai bukan yang terbaik utknya… tentu sekali satu hari nanti Nadh akan bertemu dgn seorang lelaki yg jauh lebih baik dari Fai… insyaAllah.

Kepada Nadh, kalau kau benar2 sygkan Fai, lepaskan dia n berdoa supaya dia bahagia dgn pilihannya. Remember this… ‘If you love something, let it free. If it comes back to you, it’s yours forever’. Jadikan kata-kata ni sbg self-motivation. Prinsip ni la yg aku selalu pegang sejak aku clash dgn ex-boy aku kira2 dua tahun yg lalu... Doaku, supaya Nadh byk2 bersabar dlm menempuh hari2 mendatang. Amin.

Thursday, September 9, 2010

Salam Eid Fitri




Dear all Muslims… I would like to wish Salam Eid Fitri and also to take this opportunity to ask for apology if my words might hurt you either through my blog or directly from my mouth. For those who will have a long journey to home town, please drive carefully and have a safe trip. May you enjoy your Hari Raya with happiness.

Tuesday, September 7, 2010

Cheesy Frankfurter Roll




Just came back from office… Really tired! Suddenly mama asks me to make Cheesy Frankfurter Roll for buka puasa appetizer… Here you go!


Ingredients:

5 slices of white bread
5 slices of cheddar cheese
5 pieces of frankfurter
An egg


Method:

1. Lay a cheddar cheese slice on a piece of white bread.

2. Lay a piece of frankfurter on it and roll the white bread together with cheese and frankfurter.

3. Beat the egg in a small bowl.

4. Deep the rolled frankfurter into the egg.

5. Fry the frankfurter roll until golden brown.

6. Serve while hot!

Saturday, September 4, 2010

Kau faham tak? Aku pun tak faham... Hahaha! (gaya Saiful Apek)



Aku terasa brsalah dgn seseorang..patut ke aku mintak maaf perkara yg aku sendiri xfaham..bersalah ke aku?aduyai....’

You all rase pelik x dgn ayat kat atas nie? To me, memang pelik. Ye la, dah la rase bersalah dgn seseorang… then bleh tanya lg patut ke aku mintak maaf? Mintak maaf perkara yg ‘aku’ sendiri x faham? Apa yg x fahamnye? Klu x faham, knape mesti rasa bersalah pulak? Dan yg paling tak bleh blah tu, kata-kata yg terakhir skali tu, ‘BERSALAH KE AKU?’ Aneh kn? Mula2 tu kte rasa bersalah dgn seseorang… pastu tanya plak patut ke mintak maaf… last2 tanya balik bersalah ke aku??? Hmmm… well, no wonder la aku x faham sbb tuan punye badan sendiri pun x faham ape yg berlaku sebenarnya… Actually, seperkara jer yg bermain kt dlm kepala hotak aku nie bila si fulan nie post ayat kt atas tu kt wall fb….

Kau ni sebanarnya btul2 x faham ke atau buat2 x faham? Atau kau sebenarnya nk lari dari kesilapan yg kau dh buat kat seseorang?’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...