Promo My Novel

Promo My Novel
Credit to Crew Karangkraf

Saturday, March 6, 2010

Bila Agaknya Semua ini akan Berakhir?

Lately ni, aku agak malas nak baca surat khabar. Bukannya apa, jz rasa bosan n muak. Aku kesal sangat dgn sikap manusia sekarang ni yang makin tak berperikemanusiaan. Balik2 cerita yang sama. Tak sudah2 dengan cerita bunuh, ragut, rompak, rogol, penderaan kanak-kanak, culik, etc. Tapi, walau macam mana sekalipun, aku kena juga ambil tahu tentang perkembangan semasa dan apa yg sedang berlaku di sekeliling kita. So nanti tak adalah hidup macam katak bawah tempurung, hehe…!

Setiap hari, mesti ada kes yg melibatkan pembunuhan yg terpampang di dada akhbar. Rasa takut, sedih, marah dan geram, semuanya bercampur-baur. Hari ni aje, ada dua kes yg melibatkan pembunuhan. Satu, pasal seorang jurujual wanita mati ditikam bertubi-tubi oleh rakan sekerjanya sendiri. Menurut dalam akhbar Metro, pembunuhan tu bermotifkan cemburu. Yang satu lagi pulak, seorang bayi berusia 18 bulan mati dipijak oleh jirannya sendiri, juga bermotifkan cemburu sebab tak ada anak. Hmm… kisah si kecil berusia 3 tahun, Syafia Umairah yg maut akibat didera oleh teman lelaki ibunya hampir seminggu yg lalu masih lg hangat diperkatakan. Sekarang ni, timbul lg kes penderaan yg jugak meragut nyawa seorang kanak2.

Aduhai…. Apalah nak jadi dgn dunia sekarang ni? Rasa macam dah tak selamat! Manusia lagi takutkan manusia sendiri dari takutkan hantu. Yalah, hantu cuma menakutkan orang aja, tak bunuh orang. Tapi orang bunuh orang. Scary, huh! Aku rasa la, bila aku dah ada anak suatu hari nanti, mesti nak kena sacrifice, berhenti kerja... duduk rumah jaga anak, jadi full time housewife (sanggup ke?). Anak-anak pulak, pasti takkan dapat merasa main di luar rumah, takkan kenal apa itu playground, buaian, gelongsor, jongkang-jongkit, dsb sebab mak bapak tak bagi main kat luar, nanti kena culik dengan orang jahat…. Belum pun umur 10 tahun, dah kena pakai glasses. Yalah, tak dapat main kat luar… asyik duduk aje kat dalam rumah main computer games or P.S! Huhu… sadisnye! Agaknye bila la semua ni akan berakhir, supaya kita semua hidup aman damai? No more fears and tears.



Why can't we have a peaceful life?

3 comments:

  1. wah! da lawa. heee =)
    lagu neh sgt sedey laaa...
    huhu. tuka la lagu len akak. hehee ",

    ReplyDelete
  2. hehe... senang rupenye nk wat background tu. baru la ade mood nk menulis... lagu tu mmng cedey. actualy akak nk letak lagu kasih tercipta by faizal tahir... tp lagu tu x der. so lagu ni yg 2nd choice la. akak x nk letak lagu yg heavy n serabut. klu bleh biar yg smooth jer, so that sesapa yg view blog nih feel relax n santai... x der la pening kepala, hiii...

    ReplyDelete
  3. hehe..
    saye pon ske jugak lagu yg smooth ajer..tenang je kan dgr? hehe~
    da ade mood nulis ek? tulih la slalu, sy mmg ske bc blog org! sonokkk..haha :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...