Telah nyata dalam Al-Quran, setiap yg bernyawa itu pasti akan menemui kematian. Tak kira manusia, haiwan mahupun tumbuhan.Yang kekal itu hanyalah Allah SWT.
Bulan Oktober telahpun berlalu. Sekarang dah masuk bulan November. Lagi sebulan nak masuk bulan Disember. Akhirnya tamat sudah tahun 2010... Sekejap aja masa berlalu. Rasa macam baru aja semalam sambut tahun baru. Bulan Oktober telah meninggalakan kita. Dalam jangka masa sebulan ni, macam-macam hal yg berlaku. Ada yg menggembirakan, malah tak lupa jugak yg menyedihkan. Bagiku, bulan Oktober yg lalu telah banyak meninggalkan kesan sedih dalam jiwaku. Bulan ni adalah bulan yg paling banyak org2 terdekat dgnku yg telah pergi dijemput Ilahi.
Pada awal bulan Oktober, Abang Nazri, salah seorang staff di tempat aku bekerja (berlainan department), telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu terjatuh di tempat kerja.
Hari Rabu lepas, 27hb salah seorang datuk saudara, Tok Yahya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Daerah Batu Pahat, Johor.
Hari Jumaat lepas, lagi seorang rakan sekerja telah kembali ke pangkuan Ilahi akibat kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari bekerja. Arwah Masnah Mat Sani @ Kak Mas telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 malam di HUKM.
Al-Fatihah utk mereka serta saudara-mara yg lain yg telah mendahului kita. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan mudah-mudahan Allah tempatkan mereka di kalangan org2 beriman. Amin…
No comments:
Post a Comment